Bekas Guru Untung RM 30K Dengan Jual Apam Balik Je
# Gaya Hidup # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Bekas Guru Untung RM 30K Dengan Jual Apam Balik Je

post by Aisya

by Aisya

Aug 19, 2021
pada 7:44 AM

Bekas Guru Untung RM 30K Dengan Jual Apam Balik Je

Perniagaan yang pada asalnya diusahakan bersama-sama suami kini menjadi punca pendapatan tetap bagi bekas guru Bahasa Inggeris ini dan keluarganya. 

Nur Amalina merupakan seorang lepasan graduan dalam jurusan TESL (Teaching ENglish as Second Language). Namun oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat ni, dia dan suaminya pun cuba menceburi di dalam bidang perniagaan sehingga lah mereka berjaya mencipta nama dan bekas guru Bahasa Inggeris ini pun berhenti kerjaya sebagai guru untuk mengembangkan lagi perniagaannya. 

Bukan mudah untuk memperoleh kejayaan. Sama juga seperti pasangan muda ini. Mereka telah mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap ini.

"Hanya Tuhan je yang tahu kepayahannya... Kami pernah kena angkut dengan majlis perbandaran, saman, ribut, petir sampai tunggang langgang khemah tempat berniaga.-Amalina.

Walau bagaimanapun, pada beliau tu semua hanya dugaan yang lebih mematangkan dia dan suaminya dan sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka berdua untuk teruskan berniaga.

Malah, mereka juga telah mencuba bermacam-macam jenis bisness.

"Kami pernah jual air jagung, air mangga di pasar malam.Tapi semua tu tak berjaya. Tapi alhamdulillah akhirnya kami jumpa apam balik, iaitu Apam Balik Istana."- Amalina

Tidak dinafikan, pada mulanya perniagaan mereka ini memang takde sambutan, namun sekali lagi, perkara ini tidak sedikit pun mematahkan semangat.  Malah benda ini makin membuatkan mereka untuk terus berusaha yang terbaik. Dan kini siapa sangka dengan hanya menjual apam balik saja, pendapatan mereka mencecah sehingga RM30,000 sebulan.

Mereka juga turut menerima tempahan katering untuk majlis-majlis perkahwinan, hari jadi, akikah dan sebagainya. Tapi kalau korang nak rasa kerangupan dan keenakan Apam Balik Istana ni, korang boleh kunjungi gerai mereka di USJ 3/4 Subang Jaya dan untuk kawasan Kelana Jaya, korang boleh waze je Apam Balik Istana KJ.

Begitulah kuatnya kuasa rezeki. Jika kita korbankan sesuatu, pasti akan ada sesuatu perkara yang baik kemudian hari

"Kita pegang satu kata-kata ni. Kalau kita cari dunia, kita akan dapat dunia sahaja. Tapi kalau kita kejar dunia dan akhirat, kita akan dapat kedua-duanya." - Nur Amalina.

Untuk cerita penuh, korang boleh saksikan video ini. Moga ianya dapat memberi inspirasi kat korang semua.