Tiada Pengalaman Punca Tak Dapat Kerja? Ini Tips Untuk Korang!


by Aisya
Tiada Pengalaman Punca Tak Dapat Kerja? Ini Tips Untuk Korang!
Betapa lamanya korang habiskan waktu, wang ringgit, pinjam PTPTN dan macam-macam lagi korang korbankan untuk tuntut ilmu di Universiti dengan harapan dapat bantu keluarga. Baru selangkah korang keluar dari Menara Gading nak cari kerja tiba-tiba terbantut dengan permintaan syarikat mahukan pengalaman kerja bagai.
Mana nak dapat? Jangan takut, hanya sebab memikirkan fresh grad dengan zero experience amat mustahil nak dapat kerja. Kalau tiada pengalaman kerja boleh ke harapkan akademik semata-mata? Ada caranya..

Jikalau jawatan kosong yang ditawarkan tersebut dah terang-terang nyatakan "entry-level position", semestinya rekruter tidak harapkan resume korang banjir dengan pengalaman kerja. Tunjukkan bahawa korang ni berdedikasi, ada sifat ingin tahu yang menarik dan komitmen yang tinggi untuk belajar.
Sebenarnya interviewer ni mahukan calon yang betul-betul sanggup untuk belajar perkara baru dan bekerja keras, jadi korang perlu tunjukkan effort!

Cuba senaraikan segala kemahiran yang tersimpan dalam diri dan lebih bagus kalau kemahiran tersebut sesuai dengan jawatan yang dimohon. Tapi ingat, korang wajib ada kemahiran ni :computer skill, communication skill, technical skill, research skill, problem-solving skill dan lain-lain.

Bila dah mohon sesuatu jawatan tersebut, korang mesti bersebab kan? Curi sedikit masa untuk research dan kaitkan dengan diri korang. Apa pengalaman formal mahupun tidak formal yang korang ada, malah apa personal trait yang membuatkan korang sesuai dengan jawatan tersebut.

Apa yang buatkan korang lain daripada orang lain? Ingat untuk nak tunjukkan kualiti seperti peramah, profesional, responsif, dan bermacam lagi. Soft skills yang kukuh memang sesuatu yang tidak boleh diajar jadi kalau korang ada di sisi ini, lebih bagus.
Mungkin pengalaman korang takda lah sampai bertahun lamanya, jadi kaji lagi apa yang boleh korang gunakan untuk market diri? Pengalaman yang datang dari pengalaman hidup korang pun boleh dikira juga.
Yang paling penting sekali, jadi realistik sikit. Korang tiada pengalaman kerja jadi janganlah mohon kerja yang tidak kena dengan korang. Dalam pasaran kerja sekarang ni, majikan sebenarnya dibanjiri dengan calon yang terlebih qualified untuk jawatan, jadi korang perlu berpijak di bumi yang nyata. Walau apa pun, belajar lah sedikit demi sedikit untuk mencapai ke atas.