Jimat RM1,000 Dengan Membaiki Sendiri Kipas Angin Di Rumah
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jimat RM1,000 Dengan Membaiki Sendiri Kipas Angin Di Rumah

post by Aisya

by Aisya

Apr 15, 2018
pada 3:26 AM

Kisah ini telah dikongsikan oleh Fuad Latip yang telah berjaya berjimat RM1,000 setelah menukar sendiri spare part 5 kipas di rumahnya. Kami kongsikan semula di sini.

Semasa pindah rumah baru-baru ini, tiba-tiba sebanyak 5 biji kipas kawalan jauh rosak. Semua kipas yang ada sebanyak 11 buah.

Membeli 5 biji kipas baru sebagai ganti memerlukan hampir atau lebih RM1k!!

Saya membuka litar elektronik kawalan utama bahagian menerima (receiver) kipas tersebut.

Board utama litar tak terbakar 

Jika board utama litar (gambar) tidak terbakar. Motor kipas pula sangat susah untuk rosak.

Maka ada 2 kemungkinan besar iaitu:

1. Jika kipas berpusing tetapi sangat perlahan:
Maka ia disebabkan oleh kapasitor hitam (gambar 3). Kipas saya menggunakan 2uF. Mempunyai wayar hitam dan merah bermakna ada +ve dan -ve.

2. Jika kipas tidak berpusing dan ada bunyi “tettt” ketika kawalan jauh ditekan:
Ia disebabkan oleh kapasitor kuning (komponen warna kuning gambar 2). Kipas saya guna 1.5uF. Kapasitor jenis ini mempunyai kaki yang perlu disolder. Tiada +ve dan -ve bermakna mana-mana arah kaki boleh disambung.

Papan litar utama terbakar, modal hanya RM50-RM70 

Korang boleh hubungi pembekal dan harga litar kawalan itu sekitar RM50-70 je tau !

"Kes ke lima-lima biji kipas saya adalah kes ke-2. Lihat kod kapasitor dan juga rating ketika ingin membeli di kedai elektronik atau kedai pembekal
komponen elektrikal." - Fuad Latip.

Harga kapasitor yang dibeli adalah RM11 sebiji. Malah korang juga boleh dapat harga lagi murah serendah RM5-10 sahaja.

Total yang telah dikeluarkan ialah RM55.30 (termasuk GST) ! Murah kan? Kalau tak, RM1,000 lah melayang!