Sekarang ni macam-macam cara orang buat untuk kenakan orang. Kadang-kadang tu kita sendiri tak terfikir yang mereka boleh bertindak sejauh tu. Tak masuk dek akal betul.


by Haziqah Muhamad
Sekarang ni macam-macam cara orang buat untuk kenakan orang. Kadang-kadang tu kita sendiri tak terfikir yang mereka boleh bertindak sejauh tu. Tak masuk dek akal betul.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang menetap di Apelton, Wisconsin, Amerika Syarikat ni. Pengalaman yang dialaminya ni perlu dijadikan iktibar buat semua, terutama sekali untuk kaum wanita.
Menurutnya, masa perjalanannya menuju ke kereta, dia ternampak ada sesuatu barang telah diletakkan di hadapan cermin keretanya. Dan dia juga perasan ada sebuah kereta SUV besar berhenti tidak jauh dari tempatnya.

Disebabkan dia merasa tidak sedap hati, dia terus memecut laju kereta sehingga sampai di rumah. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah dia tidak langsung berhenti untuk melihat apa benda yang diselitkan pada cermin keretanya tu.
Setelah sahaja tiba di rumah, wanita tersebut bersama-sama anaknya, Savannah Nguyen, memeriksa benda misteri yang tiba-tiba berada pada keretanya. Benda tersebut merupakan plastik kecil yang mengandungi sebentuk cincin dan dan sehelai kertas kecil.

Memang betullah tindakan yang diambil oleh wanita ini. Nasib baik dia mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah tanpa memeriksa barang tersebut. Barang tu dikatakan hanyalah untuk dijadikan sebagai umpan kepada mangsa. Bila mangsa periksa barang tersebut, masa tulah penjenayah ni akan buat 'kerja.'
Jadi pesanlah dekat orang-orang sekeliling kita supaya berhati-hati kalau terjadi benda macam ni. Terutama sekali orang perempuan sebab mereka nilah antara mangsa yang paling mudah untuk dikenakan. 'Easy target' lah orang kata.
