Wanita Perlu Ada Kad Perubatan Sendiri Sebelum Cecah Usia 30 Tahun Sebab...
# Gaya Hidup

Wanita Perlu Ada Kad Perubatan Sendiri Sebelum Cecah Usia 30 Tahun Sebab...

post by Nazatul

by Nazatul

Apr 23, 2018
pada 1:59 AM

Wanita sekarang lebih fokus kepada kerjaya di pejabat untuk membantu suami dari segi kewangan. Pada masa yang sama, kaum wanita lebih terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan ketika kerja.

Salah satu pelan perlindungan yang perlu diambil oleh wanita hari ini adalah kad perubatan yang lengkap.

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kad perubatan merupakan satu alternatif kepada wanita supaya tidak perlu mengeluarkan wang sendiri menyelesaikan kos perubatan di hospital.

Berikut Merupakan 6 Sebab Kenapa Wanita Perlu Ada Kad Perubatan Sebelum Mencecah Usia 30 Tahun:

1. Lebih Berisiko Kena Penyakit

Wanita lebih cenderung untuk mengahadapi lebih banyak penyakit, termasuklah kanser. Oleh yang demikian, kaum wanita mempunyai risiko lebih besar untuk menghadapi penyakit meskipun ketika di usia muda.

Dengan adanya kad perubatan ini, ia dapat melindungi diri korang daripada kos perubatan yang semakin mahal.

2. Caruman Rendah Setiap Bulan

Korang tahu tak, semakin meningkat usia, maka semakin tinggi risiko seseorang untuk mendapat penyakit?

Jadi kalau korang ambil kad perubatan sebelum umur 30 tahun, dapat pelan dengan caruman yang rendah, banyak boleh berjimat dalam jangka masa panjang.

3. Siang Kerja, Balik Kerja Nak Urus Rumah Tangga

Sifat wanita yang sangat gigih bekerja, menjadikan mereka kadang kala lupa untuk memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat. Siang penat bekerja, malam nak masak lagi, nak jaga anak-anak dan suami lagi.

Gaya hidup moden dengan makanan yang tak sihat, juga membuatkan kaum wanita lebih cenderung untuk jatuh sakit berbanding lelaki.

4. Berhenti Kerja Jaga Keluarga

Kebiasaannya, syarikat tempat korang bekerja akan menyediakan kad perubatan kepada para pekerja. Namun, bagi wanita ia boleh berubah apabila mereka telah dikurniakan cahaya mata. Kemungkinan untuk mereka berhenti kerja dan fokus kepada anak-anak sentiasa ada.

Apa akan berlaku sekiranya korang berhenti kerja? Pastinya kad perubatan korang yang disediakan oleh syarikat juga akan diberhentikan juga.

5. Ringankan Beban Suami

Kalau kesian kat suami terpaksa kerja siang, malam dan hujung minggu untuk menyara keluarga, apa salahnya korang ringankan sikit beban suami.

Bukan kita minta untuk sakit, tetapi kalau ditakdirkan ditimpa musibah suatu hari nanti. Suami juga yang bertanggungjawab ke atas isteri.

6. Nanti Dah Sakit, Takaful Tak Cover

Kalau tunggu lama-lama, sampai dah kena penyakit yang tidak diingini. Nanti pihak takaful pula yang tak nak cover. Sebarang keadaan pre existing tidak akan dilindungi, jadi cepat-cepatlah ambil takaful ni.

Badan sakit, minda sakit, poket pun sakit juga!