Salah satu punca utama mengapa tahap kesihatan seseorang tu kerap terjejas ialah kerana beban pekerjaan. Keadaan ini berlaku bukan sahaja di kalangan profeisonal bahkan sebaliknya. Korang juga tak terkecuali tau!

by Nazatul
Salah satu punca utama mengapa tahap kesihatan seseorang tu kerap terjejas ialah kerana beban pekerjaan. Keadaan ini berlaku bukan sahaja di kalangan profeisonal bahkan sebaliknya. Korang juga tak terkecuali tau!
Macam-macam cara yang kita lakukan hanya untuk menjadikan hari yang dilalui sempurna dan produktif. Ada yang memulakan hari dengan kopi, tiada kopi tiada produktiviti. Ada juga yang harus berlari di atas thread mill bagi mendapatkan hari yang lebih bertenaga.
Apa jua cara kita memulakan hari baru sebetulnya bukan soal utama tetapi bagaimana kita merancang untuk melalui hari baru yang lebih baik dan produktif.

Berusaha lebih memang la penting bagi perkembangan karier tapi kesihatan kena jangan terlalu 'workaholic' sehingga kesihatan korang terjejas tu.
Sedarlah kesihatan yang baik adalah aset untuk kelangsungan hidup.
Menurut kajian, bekerja melebihi had masa meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kemurungan. Kualiti tidur juga terjejas secara drastik sehingga menurunkan prestasi kerja korang.
Kenapa kunci alarm kalau tak bersedia untuk bangun? Lebih baik biarkan saja sampai betul-betul cukup tidur kan? Tanya pada diri mengapa alarm dikunci, jawapannya mudah untuk menjadikan korang lebih berdisiplin dan bangun pada masa yang tepat.
Tapi kalau butang snooze ditekan berkali-kali ternyata korang masih belum bersedia untuk memulakan hari baru.

Bila bangun tidur pun lambat maka terkejar-kejarlah ke pejabat nak sarapan pon tak sempat. Apa jadi kalau tak makan pagi? Makan tengah hari dengan banyaklah jawabnya. Sangat salah sebenarnya cara ini.
Mesti korang semua sudah aware dengan kepentingan sarapan pagi tetapi mengapa masih tidak makan? Sebabnya dah snooze 20 minit tadi mana sempat nak makan.
Bagi mereka yang bekerja di pejabat. Kebanyakkan masa mereka banyak dihabiskan dengan duduk di kerusi.
Terlalu banyak duduk pun boleh menanggu kesihatan seperti meningkatkan risiko diabetes, obesiti, kanser, kemurungan dan penyakit jantung!

Apabila terlalu banyak sangat meeting after meeting yang harus dihadiri yang tinggal hanyalah kata-kata sahaja kerana lepas habis meeting, tenaga sudah berkurangan dan masa untuk execute pun dan berkurangan.
Sudahnya, tiada lagi produktiviti dalam kerja. Hmm betul tak?

Kandungan garam, bahan perasa, lemak dan kalori tinggi dalam setiap hidangan makanan segera cukup tinggi. Tapi masih lagi makan kerana apa? Sebab cepat, mudah dan jimat masa. Betul tak?
Tetapi lepas itu, mulalah mengantuk, malas dan tidak dapat berfikir dengan baik dalam melaksanakan tugasan harian.
Kenapa perlu menjadi workaholic tidak bertempat? Seharusnya perlu bijak dalam pembahagian masa kerja dan rehat. Pastikan seimbang dan jangan terlalu berlebihan dalam melaksanakan satu-satu kerja.
Biar ada perancangan dan jangan sesekali mengabaikan satu jam masa lunch break setiap hari yang ada di pejabat.

Hakikatnya kita dilahirkan sebagai manusia pun tidak sempurna, masakan kita mampu melakukan tugas harian dengan sangat sempurna. Biar seimbang dalam hidup kerja tidak akan ada hentinya dan kalau asyik mahu semuanya sempurna, penat badan tu nanti.
Lebih baik relaks sahaja sebab bila tenaga sudah dihabiskan untuk satu kerja yang sempurna tadi mana pula nak datang tenaga untuk tugasan yang lain bukan?
