Di zaman yang serba hipster ni, macam-macam menu makanan pelik-pelik yang direka oleh pengusaha-pengusaha cafe dan restoran untuk menarik pelanggan. Kalau kat Malaysia ni pulak, apa saja makanan semua nak kena letak cheese!


by Aisya
Di zaman yang serba hipster ni, macam-macam menu makanan pelik-pelik yang direka oleh pengusaha-pengusaha cafe dan restoran untuk menarik pelanggan. Kalau kat Malaysia ni pulak, apa saja makanan semua nak kena letak cheese!
Yang itu nak letak cheese, yang ini nak letak cheese. Kalau boleh semua makanan kat Malaysia ni nak letak cheese. Tak salah nak improvise, tapi tolonglah jangan musnahkan rasa asli makanan tersebut.
Tapi setiap orang seleranya tak sama. Tekak masing-masing. So kali ni kitorang ada listkan beberapa jenis makanan yang telah diupgrade dengan meletakkan cheese sebagai menu utama iaitu.....

Kami sendiri tak boleh bayangkan macam manalah sesetengah orang boleh makan lemang cheese macam ni. Cuba anda bayangkan, lemang yang rasanya sudah berlemak itu dicampurkan pulak dengan bahan lain seperti cheese.
Hmm tak lama lagi kita pun dah nak menyambut puasa dan ini bermakna raya pun bakal menjelang. So korang kalau nak try tu, boleh lerr..

Bayangkan kuey teow yang sepatutnya rasa pedas-pedas dan enak dimakan ketika panas diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese.

Bihun sup pun diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese?

Kalau pisang goreng pun dah letak cheese apatah lagi rojak. Tapi bagi kami, rojak tidak sepatutnya dihidangkan sebegini. Tidak kiralah rojak buah mahupun rojak mi. Rasa asli rojak itu sendiri sudah sedap.

Bagaimana boleh nasi lemak dihidangkan bersama keju dan dijadikan cheesecake ye? Makan kek dengan topping sambal dan ikan bilis? Korang dah pernah try belum? Sedap tak? Tapi nak tanya, mana timunnya? Mana kacangnya? Mana ayamnya? haha tanya je!
Tapi apa-apa pun, terpulang kat korang nak terimanya atau tidak.