Peniaga Online Kini Korang Boleh Nikmati CIMB IBGF Percuma Sehingga 30 Jun 2018 Tau!
# Trending Semasa

Peniaga Online Kini Korang Boleh Nikmati CIMB IBGF Percuma Sehingga 30 Jun 2018 Tau!

post by Nazatul

by Nazatul

Apr 29, 2018
pada 2:12 AM

Berita baik untuk peniaga online, Instant Transfer (Inter-bank Funds Transfer – IBFT) kini percuma bermula 1 April 2018 sehingga 30 Jun 2018. Bagi korang yang transfer dari CIMB ke MAYBANK secara Instant Transfer dan tiada sebarang charge dikenakan (biasa RM0.53).

Bagi peniaga yang banyak bergantung kepada online banking, Instant Transfer lebih memudahkan kerja kerana tiada delay bila transaksi interbank berlaku. Pastikan korang bagi tahu kepada customer supaya buat Instant Transfer berbanding Normal Transfer sementara IBFT fee waived masih dijalankan.

Untuk makluman, hanya IBFT secara interbank menggunakan online dan mobile banking sahaja yang tidak dikenakan bayaran, transfer menggunakan mesin ATM masih dikenakan caj RM0.50 seperti biasa.

Ini bermakna pelanggan CIMB dapat melakukan pemindahan dana secara dalam talian secara percuma tiga bulan lebih awal, menjelang penepian Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan bermula pada 1 Julai 2018.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, langkah itu adalah untuk memacu penggunaan pembayaran digital dan pada masa sama menyokong agenda masyarakat tanpa tunai.

“Langkah ini akan memanfaatkan pengguna kerana ia menjimatkan masa memandangkan tidak perlu ke cawangan atau ATM,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan CIMB Group di sini, semalam.

CIMB Group baru-baru ini mengumumkan penawaran pemindahan dana antara bank tanpa fi melalui CIMB Clicks dan aplikasi perbankan mudah alih CIMB EVA kepada pelanggannya tanpa ambil kira jumlah transaksi.

Fi GIRO Antara Bank (IBG) sebanyak 11 sen setiap transaksi dan fi Pemindahan Segera Dana Antara Bank (IBFT) sebanyak 53 sen setiap transaksi akan dikecualikan dengan serta-merta.

Menurutnya, usaha berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai pelanggan beralih kepada pembayaran elektronik selain membantu membangunkan ekosistem e-pembayaran Malaysia.

SUMBER: Harian Metro