Sebelum filem Avengers: Infinity War ditayangkan di Malaysia, orang ramai sudah mula heboh memperkatakan tentang filem ini. Lebih-lebih lagi buat para peminat komik adiwira Marvel ini yang menantikan filem ini setelah hampir 10 tahun.

by Haziqah Muhamad

Tahu tak, filem ini telah memecah rekod kutipan tayangan minggu pertama apabila berjaya memungut AS$630 juta (RM2.4 bilion)! Wow! Minggu pertama saja dah cecah bilion ringgit walhal ia belum pun mula ditayangkan di China, antara negara dengan jumlah penonton paling tinggi di dunia.

Filem ini merupakan filem animasi pertama yang pernah dicalonkan untuk Oscar bagi Filem Terbaik. Bukan itu saja, filem ini juga telah tersenarai antara filem terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman.

Fast & Furious 8 telah mencatatkan rekod luar biasa pada minggu pembukaannya di luar Amerika Syarikat (AS) terutamanya di China. Namun, ada beberapa faktor yang menyebabkan filem ini tak dianggap cemerlang. Salah satu faktor adalah disebabkan oleh premis cerita itu sendiri.

Mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan diteruskan dengan filem susulannya, Despicable Me 2 pada 2013, francais filem animasi itu tidak perlu menunggu lama untuk meraih perhatian peminat filem seantero dunia. Pada tahun lalu, filem ini telah mencatatkan kutipan $1.03 bilion.

Sumber Oleh: Amazing Nara