Sekarang ni, ramai yang berjaya menjana extra income dengan hanya menggunakan bakat dan hobi masing-masing. Bukan saja orang yang dah bekerja, student pun boleh buat duit poket sendiri kalau kena pada cara dan platform yang betul.


by Haziqah Muhamad
Sekarang ni, ramai yang berjaya menjana extra income dengan hanya menggunakan bakat dan hobi masing-masing. Bukan saja orang yang dah bekerja, student pun boleh buat duit poket sendiri kalau kena pada cara dan platform yang betul.
Salah satu caranya adalah dengan menulis dan menghantar penulisan korang tu kepada team Maukerja. Sekarang ni Maukerja sedang menganjurkan pertandingan 'Weekly Contest -Tulis & Menang' untuk mereka yang berbakat di luar sana. Artikel yang mendapat views paling tinggi (20,000 views ke atas) adalah layak untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM800 setiap minggu! Weh, satu artikel RM800 tuuu. Takkan korang nak sia-sia kan peluang ni kot?
Korang student? Baru habis belajar? Sedang bekerja? Semuanya berpeluang untuk hantarkan artikel kepada kami kerana tiada had umur yang ditetapkan.
Korang boleh memilih untuk menulis artikel berdasarkan kategori-kategori berikut:
Terma & Syarat Penyertaan:
1. Pastikan artikel yang ditulis adalah original dan hasil tulisan anda sendiri. Sebarang plagiarism adalah dilarang.
2. Artikel mestilah tidak mengandungi sebarang unsur politik, seks, perkauman, agama, fitnah, berita palsu dan topik yang boleh membangkitkan isu sensitiviti.
3. Artikel anda mestilah menepati style penulisan Blog Maukerja. Tidak perlu terlalu panjang dan meleret-leret. (500 - 2000 words)
4. Pihak kami akan publish setiap artikel yang menepati piawaian mengikut tarikh tertentu.
5. Kami berhak edit dan repost semula artikel anda untuk kegunaan Blog Maukerja.
6. Kami berhak menarik semula penyertaan anda sekiranya anda melanggar terma & syarat yang telah ditetapkan.
Untuk menjadi pemenang mingguan, artikel anda perlulah mematuhi kedua-dua syarat ini:
1. Artikel anda mestilah mencapai views paling tinggi pada minggu itu.
2. Artikel anda mestilah mendapat 20,000 views ke atas barulah melayakkan anda untuk memenangi hadiah wang tunai RM800 tersebut. Walaubagaimanapun, artikel yang paling tinggi tetapi tidak mencecah 20,000 views tidak layak untuk menerima wang tunai tersebut.
Artikel hendaklah dihantar sebelum hari rabu setiap minggu. Setiap artikel yang dihantar akan kami publish pada hari berikutnya iaitu hari khamis. Apa tunggu lagi? Daftar dan hantarkan artikel power korang tu kepada kami!