"Macam Sesat Melarat" - Nasihat 'Makan Dalam' Pemuda Ini Bila Jumpa Orang Yang 'Acah Alim'
# Trending Semasa

"Macam Sesat Melarat" - Nasihat 'Makan Dalam' Pemuda Ini Bila Jumpa Orang Yang 'Acah Alim'

post by Izuan

by Izuan

May 2, 2018
pada 11:13 AM

Pernah tak kalau kita bercerita dengan kawan-kawan atau kenalan rapat mengenai matlamat hidup kita, tapi dia balas semula dengan jawapan sinis yang menggambarkan bahawa apa yang kita mahukan ini hanyalah duniawi semata-mata?

Bukanlah nak beri galakkan bahawa apa yang mereka kata itu tak betul atau menidakkan hukum agama atau sebarang perkara yang berunsurkan ketuhanan. Tapi jika kita amati betul-betul pemikiran mereka ini agak cetek dan seolah-olah seperti benci dengan cara kita.

Pasti kita akan rasa tergamam dan sakit hati dengan jawapan-jawapan mereka ini kan? Ikuti penjelasan daripada pemuda ini untuk mendapatkan gambaran situasi yang lebih jelas dan cara bagaimana nak 'kendalikan' golongan seperti ini.

"Tak Faham Dengan Orang Yang Suka Jawab Gaya Macam Ni"

Kadang kita perasan ada orang yang jenis suka reply macam ni...

1) Bagusnya air ni. 
- Zam-zam lagi khasiat.

2) Bagusnya aktiviti larian kita hari ni.
- Berenang lagi sunnah.

3) Bagus jus ni, senang lawas.
- Kurma lagi menyihatkan.

4) Buku ni aku dah baca, bagus.
- Al Quran lagi mulia, dapat pahala.

5) Yes, aku target nak dapat PHD tahun ni.
- Ilmu tanpa amal pun berdosa.

6) Orait, lepas ni nak pergi Itali.
- Pergi Haji lagi tuntutan nombor satu.

7) Alhamdulillah dapat habis senaman
- Baik kau solat 1000 rakaat

Sebenarnya kita tak faham sangat orang yang suka jawab gaya macam ni.

Cara Dia Nasihat Tu, Macam Tengah Sesat Melarat Sangat

Nampak dia jawab tu macam dakwah. Cara dia nasihat tu, macam kawan dia tu tengah sesat melarat sangat.

Padahal, apa yang dia jawab tu, dia sendiri pun tak buat.

Dua-dua tak buat:
1) yang kita tengah buat
2) yang dia nasihat suruh buat

Kita patut kasihani orang begini. Sebab, dia tak jumpa kebahagiaan yang dia cari.

Dia hanya fikir apa yang ORANG LAIN patut buat. Tapi, dia sendiri tak jumpa betapa manisnya meraikan kejayaan kecil dalam kehidupan ini.

Orang yang tak hargai kejayaan kecil, susah nak bahagia, kerana dia hanya fikirkan kejayaan besar. Biasanya, dia takkan capai pun kejayaan besar impiannya itu.

Kalau Jumpa Orang Macam Ni...

Kalau jumpa orang macam ni, janganlah kita rasa down, atau larikan diri. Kita yang patutnya bimbing orang ini.

Dia tak temui bahagia.

Kejayaan besar dia, SYURGA.

Tapi, dia lupa, ada banyak 'Syurga kecil' yang ada di sepanjang kembara hidup ini.

SYUKUR dengan kejayaan kecil,
adalah tanda orang bahagia.

Mohon SHARE kerana anda tahu ada orang di sekeliling yang macam ni.