Selain Guna Jumper & Menolak Kereta,Ni Cara Nak Hidupkan Bateri Kereta Yang 'Kong'
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Selain Guna Jumper & Menolak Kereta,Ni Cara Nak Hidupkan Bateri Kereta Yang 'Kong'

post by Aisya

by Aisya

May 4, 2018
pada 5:14 AM

Bateri kereta tiba-tiba mati dan korang pulak time tu takde jumper? Nak tolak kereta tapi badan tak kuat pulak. Hmm macam mana ni? Jangan bimbang, korang masih boleh menghidupkan semula kereta tu dengan hanya menggunakan tali dan jek kereta yang terdapat di belakang but tu je!

Tapi macam mana caranya? Ok, first sekali korang kena pastikan yang kereta tu diletakkan dalam gear satu dan kunci dalam posisi 'run'. Lepas tu korang jet sebelah tayar depan  dan tali dililit mengelilinginya.

Kemudian korang boleh tarik tali yang melilit tayar tu ke hadapan. Ala-ala seperti menghidupkan enjin mesin rumput atau bot tambang. Hasilnya, kereta dapat dihidupkan.

Untuk lebih detail, korang boleh tengok video kat bawah ni: 

Dari segi mekanikal, apa yang dilakukan tu adalah tentang simulasi kereta sedang ditolak. Dengan roda pacuan berpusing dalam gear, piston mula bergerak yang menghasilkan cukup mampatan untuk enjin membakar. Apabila kereta mula hidup, alternator boleh mula mengecaj semula bateri.

Tapi walau bagaimanapun, trik berkenaan cuma berhasil pada kereta transmisi manual sahaja, manakala enjin kecil lebih bagus. Ini mungkin mampatan lebih mudah dihasilkan daripada enjin bersesaran kecil. Kereta pula mesti difrensial terbuka bagi memastikan kuasa enjin dihantar kepada roda kurang rintangan ketika satu daripada roda itu sudah dijek. Kereta pula sepatutnya boleh digerakkan ke depan, atau trik itu berkemungkinan besar tidak menjadi.

Tapi kalau nak lagi senang, korang minta je bantuan orang ramai atau rakan terdekat jika kereta tu perlu ditolak.