Selain 'Upload' Gambar Kertas Undi Di Internet, Jangan Buat 3 Kesalahan Ini Juga Kalau Taknak Didenda!
# Trending Semasa

Selain 'Upload' Gambar Kertas Undi Di Internet, Jangan Buat 3 Kesalahan Ini Juga Kalau Taknak Didenda!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 6, 2018
pada 3:30 AM

Kehangatan PRU14 semakin terasa nampaknya memandangkan ramai yang excited untuk turun mengundi pada hari rabu ini. Orang ramai sudah mula mengatur jadual perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi tujuan mengundi.

Sudah pasti ramai yang tak sabar nak upload gambar jari yang dicelup dakwat di FB, Instagram, Twitter dan sebagainya, kan? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru first time mengundi tahun ni.

 

 

Nanti dulu, jangan excited sangat. Korang tahu tak, korang boleh kena denda kalau korang upload gambar kertas undi di media sosial? Baca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pihak SPR ingin menasihati semua pengundi, terutama mereka yang layak untuk mengundi melalui pos, sama ada dalam negeri atau luar negara serta menerima dokumen mengenai PRU14 sebelum hari pengundian supaya tidak mengambil gambar kertas undi, bentuk atau sampul surat dan menyebarkannya di media sosial atau mana-mana medium komunikasi," kata Pengerusi SPR sendiri, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Pesalah boleh dihukum oleh undang-undang di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) di mana pesalah boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya. 

Setelah itu, pesalah tersebut mungkin tidak akan didaftarkan sebagai pengundi dan dihalang untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya dalam tempoh 5 tahun akan datang bermula tarikh sabit kesalahan dikeluarkan. Kalau pesalah telah dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya akan dikosongkan.

 

Ada 3 Lagi Kesalahan Lain Yang Boleh Sebabkan Pengundi Didenda Atau Dipenjara

 

#1 Bawa keluar atau masuk kertas undi ke tempat pengundian 

Hukuman: Penjara hingga 2 tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya, dan digantung pengundian selama 5 tahun akan datang.

Sekiranya anda mempunyai dua kertas undi secara tidak sengaja, hendaklah serahkan salah satunya kepada Pegawai di situ dengan segara. Jangan sesekali membawa keluar kertas undi tersebut.

 

#2 Menunggu atau berlegar-legar di kawasan tempat mengundi setelah mengundi

Hukuman: Penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Habis sahaja mengundi, tinggalkanlah tempat mengundi secara berhemah. Sebagai contoh, jika anda menunggu seseorang,tunggulah sejauh 50 meter dari tempat mengundi itu serta jangan lupa tidak mengambil keluar kertas undi seperti yang disebutkan di atas.

 

#3 Memakai apa-apa pakaian yang mempunyai logo parti

Hukuman: Penjara hingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Batasan pada hari mengundi:

Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi:

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

 

Selamat mengundi!

 

Sumber Oleh: