Sebelum ini kami pernah kongsikan bagaimana cara untuk mendapatkan laporan CCRIS, tapi kena bayar, sekarang korang boleh semak sendiri di laman rasmi Bank Negara Malaysia ( BNM ) secara atas talian!


by Izuan
Sebelum ini kami pernah kongsikan bagaimana cara untuk mendapatkan laporan CCRIS, tapi kena bayar, sekarang korang boleh semak sendiri di laman rasmi Bank Negara Malaysia ( BNM ) secara atas talian!
Bagaimanapun, anda perlu ke BNM untuk mendaftar eCCRIS ini hanya untuk sekali sahaja! Kemudian tak perlu lagi dah, cuma log masuk di laman rasmi BNM dan anda boleh tahu laporan CCRIS pada bila-bila masa dan dimana sahaja! Yang penting ianya PERCUMA! Tak perlu nak bayar setiap kali nak dapatkan laporan, Harith Faisal dah buat, anda? Bila lagi?
eCCRIS baru dilancarkan!! Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama. Ya, hanya sekali saja perlu ke sana, lepas ni kami boleh dapatkan laporan CCRIS kami dari rumah. Asalkan ada internet.
Nah saya dah sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM dan dapatkan laporan CCRIS secara percuma dari rumah. Kita kena selalu bersyukur, hidup kita makin mudah. Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit ni.
Laporan CCRIS ni dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini kesemua hutang kau dengan bank. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.
Kalau muncul angka 1 tu maksudnya kau ada sebulan tertunggak bayaran bulanan. Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya dah 3 tahun tak bayar hutang, biasanya PTPTN-lah. Ramai orang buat-buat hilang ingatan. Haha!
Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, murah, pantas dan selamat dunia akhirat. Penerangan ada kat setiap gambar. Happy reading! - HF
#harithfaisal
SHARE kat kawan-kawan.
SAVE untuk rujukan masa depan
.jpg)

Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Ni alamatnya,
BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

Bila dah sampai depan kiosk tu, kau kena pilih bahasa apa yang kau nak. Bahasa Malaysia atau English. Nak bahasa lain, kau kena pergi negara lain. Okay tak lawak.













SIAP!! Jadi lepas ni kau tak payah nak peluh ketiak pergi Bank Negara. Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya gerakkan jari jemari saja. Dahlah FREE pula tu. Best gila!!!
SHARE kat kawan-kawan.
SAVE untuk rujukan masa depan