Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

by Nazatul
Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan anda tidak terbatas disebabkan allignment tayar kereta anda tidak seimbang, bunga tayar botak, pancit dan sebagainya.
Cuba periksa tayar kereta anda, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Pemandu lelaki memang suka sport rim. Tapi perlu di ingat penggunaan tayar yang lebih besar contohnya 14 inci kepada 15 inci boleh memberi kesan kepada kenderaan anda dan secara tidak langsung kepada tayar anda.
Kesannya umpama "domino effect " di mana, apabila wheel assembly menerima saiz tayar yang baru dan rim yang baru, ia memberi sedikit kesan kepada spesifikasi asalnya yang lama kelamaan memberi kesan kepada tayar kereta anda juga.

Digalakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda

Digalakkan menukar keduduakan atau rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakkan kepada setiap tayar kereta anda.

Selalunya alignment tayar kereta dilakukan setiap 10000 kilometer perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya terus lakukan alignment. Balancing turut dilakukan sekali jika buat alignment.

Perlu diingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Perkara-perkara penting untuk panduan anda contohnya tahun pembuatan tayar, tahap kelajuan, tahan bebanan sesuatu tayar dan sebagainya.

Disarankan anda menggunakan tayar yang terbaru atau pada tahun yang sama tayar hendak ditukar. Jika anda menggunakan tayar keluaran lama, dikhuatiri jangka hayatnya tidak akan lama. Sebagai contoh dalam gambar di atas, nombor 0204 menunjukkan minggu ke-2 tahun 2004 tayar ini dikeluarkan.

Jika kita semua tak ambil endah mengenai tahap kelajuan yang boleh ditampung oleh sesebuah tayar kereta. Jadi jangan terkejut jika anda memandu laju melebihi had kelajuan yang ditetapkan, bukan sahaja minyak kereta anda cepat habis malahan tayar kereta anda pun cepat rosak.
Sememangnya orang menganggap ianya perkara kecil dan boleh diabaikan. Lagi pula, bukannya kita boleh timbang bebanan setiap kali kita menggunakan kereta kita.
Cuma kita boleh buat andaian secara rasional samada kita telah menggunakan bebanan lebih atau tidak terhadap tayar kereta kita. Sila rujuk indeks bebanan tayar daripada Continental untuk panduan.

Digalakkan jadilah pemandu berhemah dengan gaya pemanduan yang baik sebagai langkah menjaga tayar kereta anda. Jika anda penggemar “drift”, maka sememangnya jangka hayat tayar kereta anda adalah sangat pendek.

Jika anda perasan, tayar kereta mempunyai tada aras atau pengukur tahap kerosakannya. Anda boleh lihat dengan mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda melebihi hadnya, itu tanda sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.