Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ialah isteri kepada perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memerintah selama 22 tahun.

by Nazatul
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ialah isteri kepada perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memerintah selama 22 tahun.
Tun Dr Siti Hasmah adalah sumber kekuatan bagi semua wanita di Malaysia. Tun seorang yang rendah diri dan sentiasa tersenyum.

Tak dilupakan juga dengan penampilan pasangan ini yang sempoi dan bersahaja. Tular baru-baru ini Tun Dr Mahathir hanya memakai sandal dari jenama Bata. Paling best bila sandal itu hanya berharga RM12!
Memang senang sekali melihat cara berpakaian Tun Siti Hasmah biasa-biasa, ringkas dan paling penting ialah sopan.

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjadi bualan hangat netizen di media sosial setelah gambar beliau menjinjit beg tangan dipercayai berjenama Marie Claire berharga RM125.10 ketika menghadiri perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.
Beg tangan jenama keluaran Bata itu juga ada dijual di laman Zalora dengan harga RM125.10.

Sebagai pelengkap gaya kelembutan dan tradisional, Tun hamparkan selendang pada bahu kirinya dipin bersama kerongsang.
Ada juga ketika Tun mengenakan skaf pada leher atau dililit diatas kepala.

Corak floral dan warna lembut seperti merah jambu kerap kali kita dapat lihat Tun bawakan. Sinonim dengan perempuan dan bunga, apa lagi inilah peluang untuk tampil manis-manis.
Kalau beli kain untuk baju kurung atau kebaya jangan pilih corak yang berat atau terlalu abstrak. Tiru sahaja Tun Siti Hasmah, bunga all the time!

Kemana sahaja beliau pergi baju kurung dan kebaya labuh tetap menjadi pilihan. Benar, paling senang untuk tampil formal ialah dengan dua pilihan tersebut, lebih-lebih lagi Tun Siti Hasmah pasti sibuk dengan kepelbagaian acara korporat.
Tun berjaya mengayakan baju tradisional tanpa rasa rimas. Terletak elok sahaja pada tubuhnya bukan seperti remaja sekarang malu kalau berbaju kurung.

Jarang sekali melihat Tun memakai aksesori batu pertama sampai berkelipan. Apa yang beliau letakkan di leher dan telinga ialah dari perhiasan mutiara.
Cukup anggun sekali tanpa perlu banyak perhiasan.