Agak-agak Banyak Mana Ye 1 Trillion Tu? Jom Kita Tengok!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Agak-agak Banyak Mana Ye 1 Trillion Tu? Jom Kita Tengok!

post by Aisya

by Aisya

May 24, 2018
pada 2:01 AM

"Kita dapati kewangan negara sudah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang kita hadapai masalah penyelesaian hutang yang sudah
meningkat kepada trilion ringgit. Ini tidak pernah dilakukan oleh kita . Dahulu kalau kita ada hutang, jumlahnya tidak melebihi RM300 bilion
tetapi sekarang sudah meningkat lebih RM1 trilion." - Mahathir Mohamad. 

Alamak! Hutang negara dah cecah Trillion?! Tapi korang tahu tak banyak mana Trillion tu? Haa pasti ramai yang terkujat-kujat kan bila ditanya banyak mana jumlah yang dikatakan satu trillion tu? 

Banyak mana yang dimaksudkan dengan 1 Trillion?

Mungkin ada yang tak tahu, banyak manakah nilainya satu trillion itu. Jadi, kat sini kami nak kongsikan sedikit info fakta hangat ini kat korang untuk lebih nampak berapakah yang dimaksudkan dengan 1 trillion ini. Ok, kita gunakan matawang USD la ye.

Ok, kalau sesapa nak tahu $USD1 trillion bersamaan dengan $USD1,000 billion atau $1,000,000,000,000 (ada 12 angka sifar) fuhh banyak tu! Haaa itu dari segi angka, belum lagi dilambakkan jumlah fizikal duit sebanyak itu depan mata macam mana. Adakah duit itu akan setinggi gunung Everest? 

Katakan lah korang membelanjakan 1 Dolar setiap saat, so korang akan membelanjakan 1 juta USD dalam masa 12 hari. Dengan kadar yang sama, ia akan mengambil masa selama 32 tahun untuk membelanjakan 1 juta USD.

Jadi ini bermakna korang perlukan lebih daripada 31,000 tahun untuk belanjakan 1 trillion USD. Ok, ini nilai dalam USD tau, tapi macam mana pulak nilai dalam Ringgit Malaysia? Tentu ia akan jadi lebih daripada itu kan?Haa korang fikir lah sendiri!

Kalau korang dah nampak banyak mana yang dikatakan satu trillion tu dalam bentuk wang, jom sekarang ni kita tengok pulak dalam bentuk infografik:

Jadi, ia adalah satu nilai yang sangat sangat besar. Lebih besar dari billion dan juta tau! So apabila Perdana Menteri mengatakan hutang negara ada hampir 1 trillion, ia bukan perkara yang kecil, ia satu yang sangat serius untuk diambil perhatian semua rakyat Malaysia.