Honda Turunkan Harga Semua Modal Sempena Sifar GST, Civic Type R Jimat RM18K Weh!
# Trending Semasa

Honda Turunkan Harga Semua Modal Sempena Sifar GST, Civic Type R Jimat RM18K Weh!

post by Nazatul

by Nazatul

May 28, 2018
pada 5:25 AM

Honda Malaysia telah mengumumkan harga-harga setiap modelnya bermula 1 Jun ini, di mana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikadarkan 0%, manakala Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masih lagi belum berkuatkuasa, dijangka akan diimplementasi semula dua, tiga bulan dari sekarang.

Bersempena dengan perlaksanaan GST sifar bulan hadapan, pelanggan boleh menikmati kadar harga yang lebih murah sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula. Selain itu pelanggan yang membeli model Honda tertentu bakal menerima ganjaran terhad.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toichi Ishiyama memberitahu bahawa harga model pemasangan tempatan (CKD) seperti City, City Hybrid, Jazz, Jazz Hybrid, BR-V, CR-V dan Accord akan dikurangkan antara RM4,088 hingga RM9,573 sebuah manakala untuk model kenderaan diimport sepenuhnya seperti Odyssey akan dikurangkan dengan RM14,362 dan Civic Type R RM18,072 sebuah.

“Sebagai tambahan kepada penetapan GST tanpa nilai ini, pelanggan yang membeli model Honda terpilih turut akan me­nerima ganjaran Welcome Festive Rewards bermula 1 Jun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

kredit by: paultan.org

Namun jika korang kira sendiri kadar penurunan harga menerusi jadual diatas, ia tidak lah tepat 6%. Ini kerana GST hanya ditolak pada harga jualan kereta, tidak termasuk kos-kos seperti pemeriksaan Puspakom bagi model CBU, yuran pendaftaran, dan lain-lain.

Selain itu, alat ganti dan servis juga tidak akan dikenakan GST bermula 1 Jun nanti. Mungkin ramai yang akan berkereta baharu menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.