Pemilik Sebenar Restoran Raj's Banana Leaf Yang Buat Korang Tak Sangka. Jangan Terkejut Tau!
# Trending Semasa

Pemilik Sebenar Restoran Raj's Banana Leaf Yang Buat Korang Tak Sangka. Jangan Terkejut Tau!

post by Nazatul

by Nazatul

May 30, 2018
pada 4:42 AM

Restoran Raj Banana Leaf di Bangsar mengakui tokoh sukan negara, Lee Chong Wei pernah menjadi ahli lembaga pengarahnya tetapi sudah berundur sebelum kontroversi kebersihan melanda restoran terkenal itu tercetus.

“Walaupun kami mengakui yang Datuk Wira Lee Chong Wei sebelum ini adalah ahli lembaga pengarah, beliau sudah meletak jawatan sebelum kejadian terbaru ini berlaku dan tidak terlibat dalam operasi harian restoran kami,” kata kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook restoran itu malam ini.

Salah seorang Pengarah dalam syarikat ini adalah Datuk Lee Chong Wei. Seperti mana yang diperolehi dari maklumat Restoran ini menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ternyata Chong Wei merupakan salah seorang dari tiga nama Pengarah di Intercompass Sdn. Bhd.

Pengurusan restoran juga menafikan nama lain dalam senarai ahli lembaga pengarah itu terlibat dalam operasi harian mereka.

Nama lain yang disenaraikan sebagai ahli lembaga pengarah ialah Muhammad Rizal Rahman dan Muhammad Hafisze Hamid.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Chandrakant Patel mengatakan restoran itu diarah ditutup sehingga ia menyelesaikan masalah kawasan cucian peralatannya.

Semalam, pengurusan restoran terkenal di kawasan utama Kuala Lumpur itu mengeluarkan kenyataan maaf di Facebook, mengatakan kejadian “itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak sepatutnya berlaku”.

Kejadian pekerjanya mencuci pinggan dalam lopak air dirakam dan tular di media sosial mencetuskan kecaman banyak pihak, pihak pengurusan bagaimanapun tidak menyatakan bilakah kejadian dalam rakaman itu berlaku.