"Kalau Tak Suka Tak Apa, Tak Payah Nak Kritik" - Ahli Parlimen 'Sound' Netizen Yang Benci Tabung Harapan
# Trending Semasa

"Kalau Tak Suka Tak Apa, Tak Payah Nak Kritik" - Ahli Parlimen 'Sound' Netizen Yang Benci Tabung Harapan

post by Izuan

by Izuan

May 30, 2018
pada 6:25 AM

Seperti yang kita tahu, hari ini Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah mengumumkan, mengumumkan penubuhan tabung khas yang dipanggil Tabung Harapan Malaysia. Ia susulan dengan sikap patriotik rakyat Malaysia yang sanggup memberi sumbangan kepada kerajaan berikutan dengan dilema yang sedang membelenggu negara kita iaitu hutang Malaysia.

Baru beberapa jam diumumlkan, pelbagai reaksi yang diterima dari segi positif mahupun negatif terhadap penubuhan tabung tersebut.  Justeru, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming, lantang menempelak netizen yang sering kali mengutuk segala tindakan kerajaan.

Ramai Salah Anggap Dengan Tujuan Tabung Itu Ditubuhkan

Menurut Ong Kian Ming, tujuan tabung ini bukanlah untuk menembah beban rakyat, tetapi adalah untuk memupuk sikap bekerjasama dengan menyumpang wang untuk membangunkan semula Malaysia Baru. 

Tambahnya Lagi, Cara Ini Lebih Bagus Kerana Dilakukan Secara Terang-Terangan 

 

Kalau Tak Suka Atau Tak Berminat Tak Apa, Tak Payah Nak Kritik-Kritik

Ada betul juga apa yang dikatakan, kalau diamati betul-betul, banyak juga pertikaian di media sosial apabila kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran PTPTN bagi bergaji RM 4,000 kebawah, GST 0%. Tapi bila Tabung Harapan ditubuhkan pula, ada juga yang 'bising' walhal ia bukanlah secara 'paksaan' sehinggakan buat dendaan secara 'halus; jika mengingkarinya. Apa pun, terpulang kepada anda, anda yang menilai sendiri.

Jika anda berminat untuk membuat sumbangan, anda boleh kirimkan wang ke Maybank 566010626452 dalam bentuk RInggit.