Punyalah jaga makan, exercise, sampai sanggup berlapar siang malam, ambil supplement semua tapi bila timbang berat badan tu tak sama je bahkan ada yang semakin naik lagi, musykil sampai terus berputus asa nak kurus.


by Izuan
Punyalah jaga makan, exercise, sampai sanggup berlapar siang malam, ambil supplement semua tapi bila timbang berat badan tu tak sama je bahkan ada yang semakin naik lagi, musykil sampai terus berputus asa nak kurus.
Puncanya adalah korang terlalu percaya sangat dengan mitos-mitos ni, kalau nak turunkan berat badan ada beberapa aspek yang perlu ditekankan untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang diidamkan. Jangan risau, masih belum terlambat lagi untuk korang perbetulkan semula #roadtokurus tu.
Disini kami bentangkan 6 mitos tersebut, kalau percaya cara ini puasa setahun pun takkan menjadi!
Jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita diluar sana mengenai penurunan berat badan yang ketara dan pantas. Ya, memang ia berhasil tapi ada kemungkinan bahawa mereka takkan kekal lama.
Mengapa? Buktinya, kalau korang ingat satu program realiti The Biggest Loser yang berjaya menurunkan berat badan sepanjang musim tersebut, peserta berjaya menurunkan berat badan 2-3 pound (lbs) sehari. Ia tidak kekal lama!
Buktinya, berat badan 13 daripada 14 pemenang program tersebut kembali naik. Menurut pakar, korang harus turunkan berat padan 2-3 lbs seminggu bukan sehari! Apapun, korang boleh jadikan ia sebagai inspirasi untuk kekal kurus.

(Andy Bellati)
Huh?! Diet? Bukan itu ke yang mendorong kita turun berat badan? Untuk pengetahuan perubahan pemakanan yang radikal dan secara pantas adalah satu perkara yang tidak elok. Salah seorang peserta The Biggest Loser menegas bahawa, mereka mudah kembali kepada 'tabiat lama'.
Menurut ahli diet berdaftar Andy Bellati, kita haruslah mengambil masa dua, tiga, atau empat tahun untuk mendapatkan perubahan tabiat yang konsisten, ia satu perkara yang susah, dan mengambil masa"
Ramai yang kembali kepada tabiat lama selepas mereka berjaya turunkan berat badan, makan semua untuk 'self reward' sampai berat badan kembali naik. Itu sebablah badan mereka cepat naik turun dan tak kekal kurus. Jadi, buang istillah diet dalam diri, ubah tabiat pemakanan anda. Biasakan diri dengan pemakanan yang sihat.

Orang yang berjaya menurunkan berat badan dengan cepat akan mudah rasa lapar kerana kekurangan hormon yang membuatkan mereka rasa terisi sehinggakan keliru antara haus dan lapar. Menurut pakar, kalau korang mula-mula rasa lapar, minum air dahulu bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan.

Bersenam tapi makan korang balun je semua, jangan salah tanggapan terhadap mitos ketiga, apa yang korang makan itu adalah lebih penting daripada cara korang bersenam. Jadi, seperti yang dikatakan tadi, ubah cara pemakanan yang lebih sihat, biasan diri sebagai makanan harian.
Tapi janganlah tak bersenam terus, apa yang cuba disampaikan adalah senaman adalah tunjang utama tapi ia haruslah bersertakan pemakanan yang baik, ubah cara hidup yang lebih sihat dan tubuh badan kita yang akan lakukan semuanya.
Kesimpulannya, cara yang kita selalu dengar itu tak salah, cuma cara pembawakan yang tak betul. Jadi, segeralah ubah kalau nak hasil yang memberangsaangkan.
Ada yang sanggup makan sikit nasi dalam segenggam sahaja kemudian lauk kurang, malam tak makan hanya minum air. Cara itu salah, kesannya badan akan lemah dan pitam-pitam. Sekaligus akan menjejaskan kesihatan anda.
Lagi kita tak makan, lagi susah berat nak turun sebab tak ada yang boleh 'dibakar' dalam badan. Hasilnya otot yang akan mengecut dan anda akan kelihatan seperti orang sakit.
Dah lah tak makan paksa diri bersenam, malah dipaksa seperti mengikut hari yang biasa. Salah tu, cara ini sebenarnya tak pernah memberikan kesan kepada anda. Jangan anggap puasa ini adalah solusi terbaik untuk kurus sehingga memudaratkan diri. Ia memang membantu tapi perlu dilakukan dengan cara yang betul tanpa perlu tekankan diri.