Ibu Bapa Dah Boleh Akses & Lihat Prestasi Anak-anak Secara 'Online' Melalui Aplikasi Ni Tau! Mudah Jer
# Trending Semasa

Ibu Bapa Dah Boleh Akses & Lihat Prestasi Anak-anak Secara 'Online' Melalui Aplikasi Ni Tau! Mudah Jer

post by Nazatul

by Nazatul

Jun 5, 2018
pada 1:41 AM

SAPS ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah.

Sistem ini merupakan sistem yang kerap kali digunakan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Bagi guru, ianya diperlukan bagi memasukkan  markah peperiksaan pelajar. Dalam bahasa lainnya, key-in markah pelajar. Manakala bagi ibu bapa pula ianya perlu untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah.

SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara atas talian (ONLINE). Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah

Keputusan pelajar bermula dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.

  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula daritingkatan 1 hingga tingkatan 5

    Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini.

    Ini cara bagaimana anda boleh membuat Semakan. SAPS Ibu bapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut:

    #1 Klik link di bawah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa .

    Semakan keputusan peperiksaanhttp://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php .

  • Key in markah pelajarhttps://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

    #2 Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:

     saps

    #3 Masukkan no kad pengenalan atau pun sijil lahir pelajar. (Jika no kad pengenalan salah,klik sini). Masukkan no kad pengenalan pelajar tanpa meletak tanda (-) ataupun menekan “space”

     

    #4 Pilih negeri di mana sekolah pelajar belajar. Selepas itu, anda boleh membuat  carian nama sekolah pelajar berkenaan

     

    #5 Klik semak

    Semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa ini.