Bantuan Sara Hidup Dikaji Semula & 15 Lagi Perkara Yang Diumumkan Oleh PM Sebentar Tadi!
# Trending Semasa

Bantuan Sara Hidup Dikaji Semula & 15 Lagi Perkara Yang Diumumkan Oleh PM Sebentar Tadi!

post by Aisya

by Aisya

Jun 5, 2018
pada 5:39 AM

Harini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.

Bagi korang yang terlepas mendengar sidang media tadi, boleh rujuk di sini. Ni merupakan antara perkara penting yang diumumkan oleh beliau:

1. Bantuan Sara Hidup akan dikaji semula

2. Syarat pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk membantu usahawan kecil.

3. Elaun keraian penjawat awam gred Jusa A dan ke atas akan dipotong 10 peratus sebagai langkah penjimatan kerajaan berkuat kuasa Julai ini.

4. Jawatankuasa meliputi pakar diwujud bagi menambah baik kurikulum pendidikan dari taska sehingga universiti.

5. Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu Tadbir Urus Perolehan & Kewangan.

6. Skim kawalan harga musim perayaan dilaksana dari 8 hingga 22 Jun

7. Kerajaan akan kaji semula pautan dagangan antara bursa Malaysia & Singapura.

8. Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar akan kaji tindakan boleh diambil terhadap pihak bertanggungjawab dalam kes MH17

9. Kerajaan akan beri insentif raya kepada peneroka Felda, babitkan peruntukan kerajaan RM50 juta

10. Peruntukan RM500,000 kepada Anggota Parlimen dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen akan disalur sebelum Hari Raya Aidilfitri

11. Kerajaan akan hantar pasukan ke India untuk kaji idea inovatif bagi cekapkan perkhidmatan awam

12. Kerajaan akan kaji semula dasar monopoli dilaksanakan pentadbiran lama, sama ada akan dimansuh atau dihadkan kepada sebilangan kecil

13. Kerajaan akan adakan ujian kompetensi Bahasa Inggeris untuk pegawai tinggi kerajaan

14. Sidang Parlimen penggal pertama bermula 16 Julai selama 20 hari.

15. Kerajaan akan mempermudahkan sistem jualan dalam talian bagi memudahkan usahawan online. 

 16. GST dan Undang-undang Anti Berita Tidak Benar akan dihapuskan