Penjualan ubat-ubatan pada masa sekarang ni dah semakin meluas dijual di pelbagai medium, terutama sekali di media sosial. Taip saya hashtag #sayajualubatkanser, maka berderetlah keluar peniaga yang menjual produk tersebut.

by Haziqah Muhamad

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya sesetengah nama penyakit tidak boleh diiklankan bagi tujuan melariskan produk. Menurut info yang dikongsi di FB Kementerian Kesihatan Malaysia, 20 jenis penyakit ini tidak boleh diiklankan sebagai tuntutan perubatan.

Sumber oleh: Duta Kenali Ubat Anda
Jadi lepas ni, sekiranya ada peniaga yang jual sesuatu produk dan claim yang produk tersebut boleh rawat penyakit-penyakit di atas seperti kanser, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain, maknanya mereka menipu!
Sebenarnya peniaga yang buat begini telah menyalahi undang-undang: Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Kita sebagai pengguna ubat perlu peka dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan ubat yang tidak diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat.
Sumber oleh: FB Kementerian Kesihatan Malaysia / FB Duta Kenali Ubat Anda