Install Apps Ini Kalau Nak Pihak PDRM Buat Rondaan Berkala Di Rumah Korang Masa Cuti Raya
# Trending Semasa

Install Apps Ini Kalau Nak Pihak PDRM Buat Rondaan Berkala Di Rumah Korang Masa Cuti Raya

post by Izuan

by Izuan

Jun 11, 2018
pada 2:46 AM

Salah satu perkara utama yang boleh menimbulkan kebimbangan kita semua bila musim perayaan ini adalah meninggalkan rumah kita untuk beberapa hari. Bukannya apa, musim perayaan ini berbeza dengan hari-hari biasa, boleh dikatakan hampir seluruh kampung kawasan taman kita akan pulang beraya.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang rumahnya tiada alarm, jadi agak mustahil kalau nak dapat tahu kalau ada orang nak cuba pecah masuk rumah kita. Tapi korang jangan risau tau, korang boleh minta bantuan rondaan berkala dengan hanya melalui satu apps sahaja! 

Aplikasi VSP....Aplikasi isi borang maklumbalas maklumbalas balik kampung

NAK BALIK KAMPUNG, VSP KAN ADE?

Nk tahu apa itu VSP? baca selanjutnya di bawah:

Bagi penghuni-penghuni rumah yang ingin pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfiri yang bakal menjelang tiba, anda boleh mengisi borang maklumbalas balik kampung menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan mudah dan pantas.

PDRM buat rondaan secara berkala

Setiap maklumbalas akan di terima dan pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen penugasan seperti URB dan MPV.

Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah anda telah dilawati dan di pantau.

Aplikasi ini boleh di muat turun melalui Google Playstore dan app Store bagi pengguna IPhone dan anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli VSP terlebih dahulu.

Sumber : Polis Johor