Ramai Tak Tahu Kedudukan Selamat Korang Kena Pilih Kalau Naik 4 Kenderaan Ni Menurut Pakar
# Gaya Hidup

Ramai Tak Tahu Kedudukan Selamat Korang Kena Pilih Kalau Naik 4 Kenderaan Ni Menurut Pakar

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 11, 2018
pada 9:16 AM

Kalau nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kita mesti memerlukan kenderaan. Lagi-lagi kalau tempat tu jauh.

Tapi pernah tak kita terfikir tentang keselamatan tempat duduk ketika kita berada di dalam kenderaan tersebut? Posisi tempat duduk manakah yang bagus dan selamat?

Haa cuba lihat 4 posisi tempat duduk yang selamat yang perlu korang titikberatkan setiap kali menaiki 4 kenderaan berbeza ni.

1. Kereta

Selamat: Di bahagian belakang driver dan di bahagian tengah memandangkan dua bahagian ni mempunyai risiko paling minimum untuk mengalami kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Bahaya: Bahagian co-pilot.

2. Bas

Selamat: Bahagian tengah bas sebab agak terlindung.

Bahaya: Dua bahagian pertama di hadapan bas dan juga mereka yang duduk berdekatan tingkat dan pintu bas.

3. Keretapi

Selamat: Bahagian tengah keretapi adalah paling selamat.

Bahaya: Bahagian yang menuju ke arah di mana keretapi bergerak kerana potensi untuk korang jatuh adalah tinggi.

4. Kapal Terbang

Menurut pakar, bahagian belakang kapal terbang adalah bahagian yang paling kurang bahaya berbanding di bahagian depan. 

Sumber: Brightside