Bagaimana Nak Elakkan Sedekah Kita Jatuh Ke Tangan Sindiket? Baca Perkongsian Pemuda Ini
# Trending Semasa

Bagaimana Nak Elakkan Sedekah Kita Jatuh Ke Tangan Sindiket? Baca Perkongsian Pemuda Ini

post by Izuan

by Izuan

Jun 15, 2018
pada 7:35 PM

Kalau kita makan di kedai mamak atau mana-mana kopitiam, pasti kita akan didatangi oleh peminta sedekah kan? Sudah semestinya kita akan mula rasa kesian, dalam masa yang sama ada rasa was-was kepada mereka. Ya, tak dinafikan bahawa ia adalah satu amalan, agama sendiri menggalakkan kita untuk bersedekah.

Namun, ada nasib si peminta sedekah ini benar-benar terbela? Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan antara peminta sedekah ini adalah sindiket, namun ada juga yang benar-benar susah sehingga menimbulkan rasa curiga terhadap mereka dan menjejaskan keihklasan kita untuk melakukan amalan ini.

Bagaimanapun, memandangkan kes ini dah melarat sudah semestinya kita dah boleh dapat hidu yang mana betul yang mana tipu. Kami sendiri kesian dengan nasib mereka yang menjadi mangsa ini, adakah dengan memberikan wang kepada mereka akan membantu?

Tak perlu, sebenarnya ada cara lain kalau kita ingin cuba bersedekah dengan mereka dan secara langsungnya dapat membendung gejala ini. Bagaimana? Ikuti perkongsian thread ini

Bagaimana kalau duit yg kita sedekahkan berakhir di tangan sindiket human trafficking? Adakah itu bagus utk kita, peminta sedekah, dan masyarakat?

Bersedekah itu amalan yang terpuji, lebih2 lagi di bulan yang mulia ini. Tetapi bagaimana kalau duit yg kita sedekahkan berakhir di tangan sindiket human trafficking? Adakah itu bagus utk kita, peminta sedekah, dan masyarakat? Ini adalah awareness thread. Kah!

Tujuan ibadat sedekah adalah utk mbantu manusia yg memerlukan. Tapi di Malaysia wujud sindiket2 yang ambil kesempatan dgn kenaifan rakyat Malaysia. Biasa dengar tak ni; "Kita bagi je, dia tipu ke tak tipu ke tu antara dia dengan Tuhan." Betul ke konsep ni? Jawapan: SALAH. Kah!

Mangsa ditipu peluang pekerjaan bagus

Modus operandi sindiket ni ada banyak, tapi semuanya adalah tipu dan manipulasi org2 susah, xkira dlm atau luar negara. Diorg ditipu kononnya ada peluang pkerjaan yg bagus, tp last2 kena culik, tipu, n exploited jd peminta sedekah. Duit sedekah? Semua dpt kat bos dia. Kah!

Ini antara taktik mereka lakukan yang kita biasa nampak, semakin banyak salur duit, semakin ramai mangsa 'dipungut'

Taktik diorg? Byk, dan korang pun mesti biasa jumpa. Org buta jual tisu. Budak2 jual kismis/ubat. Duduk kat kaki lima pegang anak. Pergi kat setiap kereta kat traffic light. Tabung Tahfiz. Jual keropok/kerepek kat pump station. Dan byk lagi, 24 jam diorg ni kerja. Kah!

Selagi mana korang bagi duit kat diorang, selagi tu la benda ni ada market, dan selagi tu la semakin byk mangsa2 akan dipungut. Pihak berkuasa tak buat apa2 ke? Banyak je tangkapan yg dibuat. Tapi konsep dia simple, selagi ada market, selagi tu bende ni akan continue. Kah!

Kalau nak tolong, JANGAN BAGI DUIT..sebaliknya....

Habis tu kita nak tolong camne? Benda ptama yg kita smua kena buat; JANGAN BAGI DUIT. Kalau kesian dan nk tolong, sila blanja makan, belikan coklat, air, jus, terutamanya yg budak2 kecik. Senyum dan bg kata2 baik kat diorang, sesungguhnya diorang adalah golongan teraniaya. Kah!

Aku ulang lagi sekali; JANGAN SESEKALI BAGI DUIT WALAUPUN DIORANG DESAK/RAYU. DUIT TU DAPAT KAT BOS DIORANG YANG JAHAT TU OK. Kah! Amal ibadat perlu kaji dan selidik, pastikan sedekah kita betul2 memberi manfaat, dan bukannya lebih merosakkan. Nak beribadat kena ada effort, bukannya amik jalan mudah pastu cakap ahhh tu antara dia dgn Tuhan sedangkan kita boleh ubah keadaan. Sekian thread. Kah!

Antara pendapat orang ramai, anda pula?