Memang dah jadi lumrah dalam masyarakat kita bahawa setiap apa yang kita lakukan akan emnjadi pertikaian orang termasuklah jenis pekerjaan kita. Merendahkan kredibiliti seseorang tanpa usul periksa walhal mereka sendiri tak mampu seperti kita.

by Izuan

Antara contoh yang paling dekat adalah seperti doktor ini, tanpa kaji selidik terus netizen jatuh hukum pasal pekerjaan mereka yang dianggap "buat kerja mudah tapi gaji mahal". Disebabkan itu Dr. Lily Amirah tempelak semula pada mereka yang berpendapat begini.
Itulah peribahasa mengatakan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. Jangan main sembur je apa yang kita tak tahu. Kalau mereka dibayar mahal. tengok berapa lama mereka kerja?
Setiap pekerjaan dari luar memang nampak mudah tapi sebenarnya ada cabaran mereka. Cuba lihat sendiri pekerjaan anda, jadi tak perlu nak nilaikan kerja orang dan tak perlu nak bandingkan kerja siapa yang susah dan kerja siapa yang senang.