Pendapatan 'Masyuk' SPM Dgn Gaji RM 2,500,Komisyen+Elaun RM700 Sekitar KL, Selangor & Johor!
# Jenis Pekerjaan

Pendapatan 'Masyuk' SPM Dgn Gaji RM 2,500,Komisyen+Elaun RM700 Sekitar KL, Selangor & Johor!

post by Aisya

by Aisya

Jun 18, 2018
pada 6:18 AM

Kan best kalau hobi dan minat boleh dijadikan sebagai kerjaya. Kalau diberi pilihan, pasti ramai yang memilih untuk menukar hobi masing-masing menjadi satu kerjaya yang boleh mendatangkan manfaat kan? Kerja pun tak stress sebab kita buat apa yang kita suka kan.

Dah lah, boleh jadikan hobi sebagai kerjaya, lepas tu berpeluang bekerja di suasana yang nyaman dan selesa. Siapa yang tak suka kan? Lagi-lagi kalau korang ni jenis yang suka berfashion dan selalu ikuti fashion serta tren terkini. Jadi, ni memang 'langkah kanan' untuk korang lah sebab sekarang  ni terdapat sebuah butik terkenal, Wing Tai sedang mencari Fashion Coordinator di butiknya! Ada banyak lokasi kekosongan yang boleh dipilih di sekitar KL, Selangor dan Johor. 

Apa yang menariknya lagi ialah, korang juga berpeluang bekerja dengan jenama-jenama terkenal. Disamping tu, gaji yang ditawarkan juga tak mengecewakan tau, iaitu mencecah RM2,500. Bukan itu sahaja, pendapatan pun akan bertambah dengan elaun sebanyak RM300! Malah komisyen boleh dapat sehingga RM 400! Wahh seronoknya, macam-macam lagi manfaat disediakan tau!

Malah jika korang hanya mempunyai kelulusan SPM je pun berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke peringkat lebih tinggi tau. Haa seronok kan? So apa korang tunggu lagi? Jom apply sekarang juga! Peluang sangat-sangat terhad! 

Fashion Coordinator

​Kelayakan

  • Tiada pengalaman diperlukan
  • 18 - 35 tahun
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berminat dalam fesyen
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja berkaitan diperlukan untuk penyelaras fesyen senior (Senior Fashion Coordinator)
  • Personaliti yang menarik dan menyenangkan
  • Mempunyai kemahiran jualan yang baik

 

Tanggungjawab

  • Menyambut, memberi perkhidmatan dan membantu pelanggan
  • Menguruskan paparan produk di kedai, mempromosikan dan menjaga imej jenama
  • Memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik
  • Sentiasa megikuti perkembangan terkini dengan promosi khas dan akan datang
  • Mengamalkan langkah keselamatan untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk pelanggan
  • Mengikuti langkah dan melaksanakan tugas dengan penuh komitmen yang diberikan oleh penyelia

Manfaat tambahan

  • Pendapatan bulanan sehingga RM2,500 *
  • Komisyen yang tinggi (RM400*++)
  • Elaun bulanan tetap RM300
  • Elaun kerja lebih masa
  • Penginapan & pengangkutan percuma
  • Pakaian seragam disediakan
  • KWSP & Perkeso
  • Dan banyak lagi!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

 

1. Dorothy Perkins 
Full Time

LOKASI KERJA

 


2. Topman 
Full Time/ Part Time

LOKASI KERJA

 


3. Topshop
Full Time/ Part Time

LOKASI KERJA


4. Warehouse 
Full Time

LOKASI KERJA

 


5. Wallis 
Part Time

LOKASI KERJA

 


6. DPAM 
Full Time/ Part Time

LOKASI KERJA


7. Sergent Major 
Full Time

LOKASI KERJA

 


8. Furla
Full Time

LOKASI KERJA

 


9. Miss Selfridge
Full Time/Part Time

LOKASI KERJA

 


10. Burton Menswear
Full Time/Part Time

 

LOKASI KERJA