Memiliki kulit yang cerah, gebu dan licin sudah semesttinya idaman setiap individu di negara ini. Itu lah definisi 'cantik' dalam pemikiran budaya kita. sedap mata memandang dan ciri-ciri idaman majoriti orang kita jika ingin memiliki pasangan.

by Izuan

Secara langsungnya, produk-produk memutihkan kulit ini begitu laris di Malaysia, bermacam-macam jenis produk yang dikeluarkan, tidak kiralah dari segi kosmetik, minumam mahupun suntikan! Lagi mudah nak dapat hasil, lagi mahal harganya.
Sikap obses masyarakat kita nak kulit cerah ini terlalu tinggi sehingga lupa tentang risiko yang dialami kelak. Bila dah kena barulah nak sedar, itulah yang terjadi kepada 'mangsa' ini yang dahulunya taksub nak cantik dengan cara tak betul sehinggalah kejadian ngeri ini terjadi pada dirinya dimana dia hampir menerpa maut!