Kerjaya sebagai Flight Attendant atau FA adalah satu kerjaya yang diidam-idamkan oleh semua orang. Bukan setakat berpeluang travel ke merata-rata tempat, malah kerjaya ini turut dianggap sebagai kerjaya yang glamour.


by Haziqah Muhamad
Kerjaya sebagai Flight Attendant atau FA adalah satu kerjaya yang diidam-idamkan oleh semua orang. Bukan setakat berpeluang travel ke merata-rata tempat, malah kerjaya ini turut dianggap sebagai kerjaya yang glamour.
Sebagai seorang FA, pasti ada pelbagai perkara atau pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang menggalas tugasan tersebut. Antara perkara yang sering dihadapi semestinya perangai penumpang yang menggunakan khidmat pesawat tersebut. Korang tahu tak, ada 4 kriteria individu yang berpotensi untuk dihalau keluar daripada pesawat?
Jika ada yang bertindak agresif terhadap kami tidak kira secara lisan atau perbuatan, pihak kami memang tidak boleh bertoleransi.
"Ini semua membabitkan keselamatan semua penumpang dalam pesawat, mereka pastinya akan diusir," ujar Anette.
Mencarut terhadap kru penerbangan juga dikira sebagai kesalahan yang membawa kepada tindakan dihalau dari pesawat.
Bukan setakat dalam pesawat, kalau terserempak dengan orang yang mabuk pun mesti korang berhati-hati kan? Begitulah juga dengan penumpang yang menaiki pesawat. Ini kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan dan memberi risiko terhadap penerbangan dan penumpang lain.
Mungkin korang rasa ini perkara biasa, tapi sebenarnya tak pakai tali pinggang keledar ketika dalam pesawat sebenarnya adalah satu kesalahan. ''Jika ada yang melanggar arahan asas seperti pemakaian tali pinggang keledar pun boleh dikenakan tindakan," katanya.
Namun, semua keputusan pengusiran akan diputuskan oleh juruterbang. ''Jika berlaku kes seperti yang disebutkan, saya akan memaklumkan kepada juruterbang sebelum tindakan lanjut darinya," kata Anette.
Sumber oleh: mStar