Agaknya Barack Obama & 6 Orang Berjaya Ni Peruntukkan Berapa Banyak Masa Untuk Tidur?
# Gaya Hidup

Agaknya Barack Obama & 6 Orang Berjaya Ni Peruntukkan Berapa Banyak Masa Untuk Tidur?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jul 5, 2018
pada 9:13 AM

Tidur yang mencukupi adalah penting bagi menjamin kesihatan yang baik bagi setiap individu. Kalau kita cukup tidur, kita akan automatik menjadi sangat produktif kerana badan yang penat telah mendapat rehat yang mencukupi.

Pernah tak korang terfikir, orang-orang berjaya seperti Tom Ford, Barack Obama dan lain-lain peruntukkan berapa banyak masa untuk tidur setiap hari? Ataupun mereka sebenarnya tak cukup masa nak tidur pun? 

 

#1 Jack Dorsey, Pengasas Twitter dan CEO Square

Pada tahun 2011, Dorsey memberitahu kepada  Kara Swisher bahawa beliau menghabiskan masa selama lapan sehingga 10 jam sehari di Square dan juga tempoh waktu yang sama di Twitter. Oleh itu, masa untuk tidur hanyalah empat hingga enam jam sahaja untuk sehari. Lebih mengagumkan, beliau mampu untuk bangun jam 5.30 pagi untuk berjoging!

Wah, sibuk-sibuk pun masih sempat peruntukkan masa untuk berjogging. Samalah seperti Perdana Menteri kita, Tun M!

 

#2 Indra Nooyi, CEO syarikat PepsiCo

Salah seorang eksekutif wanita yang berjaya ini memang sepatutnya dijadikan contoh untuk seorang usahawan wanita. Semenjak syarikat tersebut menjadi pekerjaan yang terunggul untuk bekerja pada tahun 2007, beliau hanya tidur empat jam pada waktu malam.

 

#3 Tom Ford, Pereka Fesyen

Apabila memberhentikan pengajiannya di New York University, beliau berusah keras untuk menjadi pengarah fesyen di syarikat Gucci. Disebabkan kepimpinan beliau yang terbaik, nilai pasaran untuk syarikat tersebut meningkat sebanyak 90%. Cuba teka berapa jam beliau tidur? Hanya tiga jam!

 

#4 Martha Stewart, Pengerusi Martha Stewart Omnimedia

Syarikat beliau menerbitkan empaat majalah iaitu Martha Stewart Living, Everyday Food, Weddings dan Whole Living. Belai juga memiliki rancangan televisyennya yang tersendiri, rancangan radio dan beberapa jenama produk seperti  Staples dan Michaels. Menurut CNN Money, Martha stewart tidur tidak lebih dari empat jam untuk satu malam.

 

#5 Barack Obama, Bekas Presiden Amerika Syarikat

Jadual harian tuan presiden AS yang padat membolehkan beliau tidur bermula pada jam 1:00 pagi dan bangun pada  7:00 pagi. Hal ini bermaksud, beliau hanya tidur selama enam jam untuk satu malam. Kadangkala, tuan presiden tersebut tidur untuk jangka masa yang kurang daripada enam jam satu malam.

 

#6 Bob Iger, CEO Disney

Beliau akan bangun pada jam 4.30 pagi setiap hari untuk bersenam dan membuat kerja hakikinya tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, bangun seawal pagi itu tidak bermaksud beliau akan tidur pada awal malam. Beliau pernah memberitahu kepada New York Times: “Jangan cari saya pada jam 7 atau 8 malam. Waktu itu untuk saya sahaja” Mungkin itu waktu tidur beliau!

 

Sumber oleh: Majalah Niaga