Kecoh isu ada cacing mati dalam produk makanan ni, akhirnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik dua produk ikan sardin dalam tin yang famous ni iaitu daripada jenama TL Tan Lung dan TLC.


by Haziqah Muhamad
Kecoh isu ada cacing mati dalam produk makanan ni, akhirnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik dua produk ikan sardin dalam tin yang famous ni iaitu daripada jenama TL Tan Lung dan TLC.
Analisis KKM mendapati sardin tin keluaran dua syarikat tidak mematuhi Akta Makanan kerana mengandungi cacing nematoda Anisakis spp. Uish, kembang tekak bila terbayang ada cacing dalam makanan.
Artikel terdahulu: Senarai 6 Jenama Ikan Sardin & Mackerel Yang Mengandungi Cacing Mati
Selain sardin tin TLC dan TL Tan Lung ni, rupa-rupanya empat produk makanan ni pun pernah ditarik balik penjualannya di Malaysia tau. Korang ingat lagi tak?
Mungkin susu ni jarang didengar, tetapi jenama Karicare sangat famous dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Kenapa susu ini ditarik balik di pasaran Malaysia pada masa itu? Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai tidak menggunakan produk “Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old” kerana disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Pada ketika itu, ada susu jenama lain yang turut ditarik balik penjualannya. Lihat senarai di bawah:
Pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan mendapati susu Marigold HL perisa coklat yang menjadi pekat daripada biasa sehingga ditarik dari pasaran sebelum ini, berpunca daripada pencemaran bakteria akibat injap yang rosak semasa pemprosesan.
Kementerian menasihatkan orang ramai supaya mengikut nasihat syarikat berkenaan, jangan meminum produk terbabit dan memulangkannya kembali produk yang dimaksudkan kepada penjual.
Pada masa itu, Malaysia Milk menarik balik produk susu Marigold HL 200 mililiter dan satu liter daripada pasaran serta-merta kerana terjejas akibat pencemaran bakteria.Tindakan itu dibuat selepas menerima maklum balas pelanggan berhubung produk susu berperisa coklatnya lebih pekat daripada biasa.
Siapa peminat coklat mesti familiar dengan coklat bar Choklad Mork ni, kan? Korang tahu tak, dulu IKEA Malaysia pernah tarik balik penjualan Choklad Mork ni sebab dikatakan kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan jelas.
IKEA amat mengutamakan keselamatan dan penarikan balik ini melibatkan semua Tarikh Terbaik Sebelum (BBD) bagi Choklad Mork 60 peratus 100g dan Choklad Mork 70 peratus 100g.
Individu yang alah kepada susu atau kacang hazel mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk berkenaan. Menurut IKEA Malaysia, pelanggan yang alah kepada susu atau kacang hazel atau yang dinyatakan sebaliknya adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden di gedung-gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya.
Siapa je yang tak tahu produk Ribena, kan? Pada tahun 2017, minuman kordial kegemaran ramai, Ribena telah ditarik balik buat sementara waktu daripada pasaran. Berdasarkan satu kenyataan media oleh syarikat pengeluar, Suntory Beverage & Food Malaysia, langkah ini diambil bagi menjamin kualiti produk mereka atas sebab-sebab teknikal.
Kesemua produk Ribena kordial pelbagai perisa dan saiz yang ditarik balik adalah yang bertarikh luput Mei hingga Ogos 2018, Februari hingga 8 Mac 2018 dan April hingga Mei 2018.
“Kami ingin memaklumkan bahawa semasa satu pemeriksaan kualiti rutin di kilang pembuatan, kami telah menjumpai satu ralat dalam proses pengilangan kami.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah mengambil keputusan secara sukarela menarik balik buat sementara semua perisa dan saiz pek pada tarikh luput tertentu dari semua rakan dagang berkuatkuasa 12 Ogos.
“Di samping itu, kami telah memberhentikan penghantaran semua Ribena Kordial dari kilang pembuatan kami di Shah Alam kepada semua rakan pengedar dan dagang,” kata Pengurus Besar Serantau Malaysia, Hong Kong dan Singapura, Lee Hon Tong.
Sumber Oleh: