'Kekwat' Dan Tak Reti Adab, Minta Hantar PA Syed Saddiq Pergi Kelas Komunikasi!
# Trending Semasa

'Kekwat' Dan Tak Reti Adab, Minta Hantar PA Syed Saddiq Pergi Kelas Komunikasi!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jul 18, 2018
pada 2:58 AM

Sejak pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan, pelbagai kontroversi dan isu timbul yang turut melibatkan nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kali ini melibatkan pembantu peribadi Syed Saddiq yang dikatakan tidak sopan dan kurang adab terhadap pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika acara Pertarungan Juara-Juara berlangsung pada hari Sabtu yang lalu.

Perkara ini mendapat perhatian ramai apabila seorang pegawai yang bertugas di bahagian protokol ketika pertandingan itu meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter.

 

 

Tambahnya lagi, PA Syed Saddiq cuba menerjah masuk ke 'Royal Box' yang terhad untuk tetamu kehormat tanpa memakai pas yang telah dikhaskan. 

 

''Utk pengetahuan YB @SyedSaddiq, semalam dia berlaku kurang bahasa dengan pegawai seksyen istiadat dan protokal JPM sewaktu acara di Axiata. Pegawai2 JPM pastinya berpengalaman dan berbudi bahasa tetapi sebaliknya dijawab kurang enak oleh Hidayah.''

 

''Berbuat seakan2 terlalu sibuk tanpa memakai pas tidak akan mengurangkan kawalan sekuriti kami apabila dia mahu bergegas ke Royal Box. Dan apabila ditahan, dia merengus dan menjawab kasar.YB @SyedSaddiq harap boleh berbuat sesuatu agar tidak memalukan diri dia dan pihak YB. Tq ya.''

 

Rupa-rupanya PA Syed Saddiq ni dah beberapa kali juga buat hal...

 

 

Ada juga yang memberi nasihat;

"Harap tadbir negara dengan baik dan tolong tegur pembantu anda, @sitinurulhidayahshaziman tu untuk melayan pengamal media dengan baik. Baru jadi PA (pembantu peribadi), tak perlulah nak 'kekwat' (berlagak) sangat. Jangan sebabkan dia, pemimpin yang bagus seperti awak akan hancur. Terima kasih Saddiq," ujarnya.


Sumber oleh: Twitter Opie Sofea / mStar