Suka Atau Tukar? Kini IKEA Tawar Masa Setahun Bagi Pelanggan Buat Keputusan Terbaik!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Suka Atau Tukar? Kini IKEA Tawar Masa Setahun Bagi Pelanggan Buat Keputusan Terbaik!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 22, 2018
pada 1:40 AM

Siapa yang tidak gemar ke IKEA? Rata-rata semua orang suka ke gedung beli belah terkenal ini sama ada cuci mata atau menikmati meatball Sweden yang sungguh lazat di restorannya kan.

Haaa, ini ada berita baik untuk semua pelanggan IKEA, gedung membeli belah tersebut kini melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari kepada setahun weh (365 hari).

 

Tidak mengapa jika anda berubah fikiran

Anda ada 365 hari untuk memulangkan pembelian anda. Simpan resit dengan baik supaya memudahkan pemulangan.

Polisi pemulangan tanpa kerenah

Pulangkan produk belum dipasang dalam bungkusan asalnya dalam 365 hari, berserta resit anda untuk penukaran atau bayaran balik sepenuhnya.

  •  Bayaran balik akan diproses dengan cara pembayaran yang sama dengan pembayaran asal. 
  •  Pembelian secara tunai: bayaran balik tunai akan dikeluarkan 
  •  Pembelian dengan kad kredit: kredit akan diproses kepada kad kredit yang telah digunakan. Kad kredit mesti ditunjukkan semasa pemulangan.

Polisi pemulangan 365 hari tidak termasuk fabrik potong, tumbuhan, kelengkapan tidur yang digunakan, perkakasan dapur/elektrik, produk dari AS-IS, produk makanan, barangan ditempah mengikut spesifikasi anda e.g. permukaan kerja khas, barangan rosak akibat penyalahgunaan, kesan haus & lusuh yang biasa dan pemasangan yang salah dan produk rosak selepas meninggalkan gedung. 

Sukainya, atau tukarkan!

Apabila berkaitan tilam, kami tawarkan sesuatu yang istimewa. Penting bagi kami yang anda sukakan tilam baharu anda. Jadi, jika setelah beberapa ketika anda dapati ia terlalu padat atau terlalu lembut, pulangkan kembali tilam dan cuba yang baharu. Tidak perlu tergesa-gesa. Ada 365 hari untuk tidur di atasnya!

Gedung beli belah ini memulakan polisi pemulangan tersebut untuk memberikan peluang kepada pelanggannya agar memlilih tempoh lebih lama untuk membuat keputusan yang terbaik!

IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa ini kepada 365 hari bagi memberikan pelanggan lebih banyak masa untuk menukar atau memulangkan barangan selepas pembelian. Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

SUMBER: Ikea Malaysia


 

Penyelia Dan Pembantu Jualan (KL Eco City) 

( RM1,300++ I Min SPM I Bonus 4 Bulan )

 

Gaji pokok menarik + Kenaikan Gaji Tahunan + Insentif + Elaun-elaun menarik + Bonus (Sehingga 4 Bulan) + Manfaat Perubatan + Perlindungan Insurans + Cuti Tahunan + Bayaran Lebih Masa + Staff Diskaun

Sila datang ke kedai Watsons di bawah untuk temuduga segera untuk membuka kedai baru kami pada bulan Ogos 2018:

Masa: 2.00pm to 5.00pm

Tarikh: Isnin - Sabtu

Cawangan Watsons (Tempat untuk Temuduga Terbuka):

  • Mid Valley 2 (Lot T-023, Third Floor, Mid Valley Megamall, 1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, **** Kuala Lumpur)

Cawangan Watsons (Cawangan Baru dibuka pada Mei 2018):

  • KL Eco City (Lot No. 3-06 & 3-07, Third Floor, Kompleks Perniagaan, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, **** Kuala Lumpur)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga. Terima kasih atas permohonan anda.