Dituduh Buat Plastic Surgery & 7 Lagi Gambar Yang Disalah Anggap Sampai Ada Yang Bunuh Diri
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Dituduh Buat Plastic Surgery & 7 Lagi Gambar Yang Disalah Anggap Sampai Ada Yang Bunuh Diri

post by sofea

by sofea

Jul 28, 2018
pada 11:48 PM

Macam mana kalau apa korang percaya sebelum ni sebenarnya bukan seperti apa yang disangkakan langsung, inilah yang berlaku pada foto-foto penuh kontroversi yang disenaraikan ni.  "Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari," Eh, kaitan sangat! Bolehlah kot nak kaitkan sikit dengan peribahasa ni, apa yang korang sangka tak semestinya betul. Ini adalah antara kes-kes 'salah anggap' yang berlaku disebabkan oleh foto. 

1) Shooting Untuk Logo Metro Goldwyn Mayer

maukerja

Foto ini telah dikongsikan di Twitter oleh pelakon Hollywood terkenal, Carrie Fisher (Princess Leia dalam movie Star Wars lama) yang menunjukkan bagaimana seekor singa ditempatkan untuk persediaan logo seperti di bawah:

Tapi sebenarnya gambar dikongsikan tu adalah gambar yang dah dieditkan. Situasi yang sebenar adalah dimana seekor singa sedang melalui proses 'CAT scan.'

Tengah sakit pun ko nak main-main, tunggulah aku sihat nanti...

 

2) Kanak-Kanak Syria Yang Tidur Diantara Kubur Ibu Bapanya di Syria

maukerja syria boy orphan

Pernah tengok foto ni? Foto ni sebenarnya agak viral disebabkan betapa powernya kesan kepada jiwa orang yang melihat. Boleh terkeluar air mata! Tapi perkara yang sebenar di sebalik foto ini adalah tidak seperti yang disangkakan kerana ia sebenarnya adalah sebuah set-up untuk projek seni.

Syrian Boy Orphan Anak Yatim Syria

Kubur yang korang lihat ni sebenarnya hanyalah timbunan batuan, dan 'anak yatim Syria' ini sebenarnya adalah anak saudara kepada jurugambar foto ini. Dan yang paling tak boleh bla sekali, foto ni diambil di Saudi Arabia bukannya di Syria. Tapi apa-apa pun, orang kata foto ni memang 'impactful' sebab memang ramai yang menjadi anak yatim disebabkan krisis yang melanda Syria. Janganlah bash pula ya?

3) Starving Child & Vulture 

Kebuluran

Seram sejuk dan perasaan kasihan timbul di hati bila tengok gambar ni. Gambar yang memberi kesan kepada ramai orang yang melihat ini telah diambil oleh Kevin Carter pada tahun 1993 sewaktu beliau berada di Selatan Sudan di dalam sebuah kawasan perkampungan bernama Ayod. 

Foto ini menimbulkan kontroversi kerana burung yang berada di belakang kanak-kanak malang tersebut seperti ingin menunggu masa untuk menyambar. Yang memburukkan lagi keadaan, adalah kerana ramai yang berfikir bahawa Carter telah membiarkan kanak-kanak itu setelah gambar diambil untuk menjadi mangsa si burung. 

Perkara yang sebenar adalah, Carter telah menghalau burung tu dan kanak-kanak tersebut meneruskan perjalanan untuk dihantar ke pusat penyusuan.

Foto ini telah memenangi anugerah Pulitzer, namun malangnya pada Julai 1994, Carter telah membunuh diri kerana berasa tertekan dengan kontroversi yang melanda. 

4) A Man on the Moon

manusia pertama di bulan foto kontroversi

Mesti ramai yang terfikir bahawa lelaki dalam gambar ni adalah Neil Armstrong yang dikatakan sebagai orang yang pertama landing di permukaan bulan. Tapi sebenarnya, foto ini adalah imej Buzz Aldrin yang mana gambarnya telah diambil oleh komander Apollo 11, Neil Armstrong pada 20 Julai 1969 menggunakan kamera filem. Ya, Neil Armstrong yang tangkap gambar ni, bukan ditangkap gambarnya. 

5) Gambar 'Kekejaman' Perang Vietnam

foto kontroversi perang vietnam

Berdasarkan foto ini nampak seperti yang pegang pistol ni sangat tak berhati perut sebab nak bunuh orang  yang tak buat apa-apa kesalahan pun kan? Salah sama sekali, foto ini boleh dikatakan salah satu foto yang paling disalah anggap dalam sejarah. Lelaki yang telah diacukan dengan pistol itu bukanlah senaif yang disangka. Kalau korang tahu siapa lelaki tu, sememangnya korang rasa dia patut dibunuh. Dia sebenarnya adalah pemimpin bagi skuad berani mati Vietcong dengan matlamat untuk membunuh ramai orang. Ketika ini, dia sedang berdiri di atas tanah yang menguburkan 34 badan termasuklah kanak-kanak dan wanita yang telah dibunuhnya sebelum ini. 

Lelaki yang mengacukan pistol tu pula adalah Jeneral Nguyen Ngoc Loan yang setelah foto ini diambil meneruskan perjuangannya buat beberapa tahun sebelum kehilangan sebelah kaki selepas tercedera. 

foto kontroversi  Loan

Loan dan isterinya kemudian lari ke US dan membuka sebuah restoran di Virginia. Walau bagaimanapun, kehidupannya tidak semudah yang disangka, kerana harta benda Loan telah banyak dimusnahkan kerana menjadi target bagi orang yang membencinya setelah melihat foto tersebut.

foto kontroversi  Loan di Virginia

Jurugambar foto yang penuh kontroversi itu, Eddie Adams berasa menyesal kerana mengambil gambar yang telah merosakkan imej Loan kerana Adams mengenali Loan sebagai seorang lelaki yang sangat baik. 

Related: 8 'Challenges’ Yang Dah Tarik Nyawa & Cederakan Ramai Orang Selain 'Keke Challenge'

6) Foto Romantik Di Times Square (NYC)

foto kontroversi timesquare New York

Pertama sekali korang kena tahu, sebenarnya ada satu lagi foto yang diambil dalam event yang sama, seperti di bawah:

foto kontroversi  Timesquare New York

Dalam gambar di atas, seperti yang dibulatkan adalah seorang gadis yang sebenarnya mengahwini lelaki yang sedang bercium dengan wanita lain tu. Sebenarnya, pada hari foto ini ditangkap, gadis ini sedang keluar berdating dengan si 'sailor'  tu. Nama wanita ini adalah Rita Mendonsa setelah mengahwini tentera laut yang bernama George Mendonsa (yang tengah sibuk kiss orang lain tu). 

Yang tak boleh tahannya, perempuan yang bergambar bersama dengan George Mendonsa tu, Greta Zimmer, tak kenal langsung dengan si George ni. George dikatakan akan pergi untuk meneruskan perjuangan dalam perang yang sedang berlaku pada ketika itu dan tiba-tiba sahaja terdengar berita bagitahu  yang perang dah berakhir. Kerana terlampau seronok dan agak mabuk, George telah menarik mana-mana wanita yang berpakaian nurse, untuk menunjukkan penghargaan dia terhadap pengorbanan mereka yang membantu askar masa perang, dan cium. Agak tak boleh bla sebab tiba-tiba je kan?

So, korang rasa gambar ni romantik? Sememangnya tak, sebab perempuan tu sendiri mengaku yang dia rasa sangat tak selesa. 

7) Plastic Surgery

foto kontroversi  pembedahan plastik

Ramai sangat yang buat plastik surgery sejak kebelakangan ni sampai keluarlah gambar ni di media sosial yang kononnya ini adalah salah satu contoh family yang malang. 

Sebenarnya, foto ini adalah untuk sebuah iklan kosmetik pada tahun 2012 yang menggunakan seorang model daripada Taiwan. Kalau korang ingat meme ni:

foto kontroversi  pembedahan plastik

Ramai yang tak tahu, tujuan asal gambar diambil adalah untuk menarik perhatian orang supaya membuat pembedahan plastik, namun begitu, gambar 'anak-anak' diorang ni telah diedit untuk  menampakkan yang mata mereka kelihatan luar biasa kecil dan hidung penyek. 

Miss Yeh, menyatakan bahawa di dalam kontrak yang ditandatangani dengan agensinya, iklan itu hanyalah akan digunakan oleh satu-satunya klinik yang mendapatkan khidmat mereka pada masa tu. 

Tapi yang tak baiknya, si agensi tu telah membenarkan klinik plastic surgery yang lain menggunakan imej itu dalam website diorang dan juga diposkan dalam FB agensi ni. 

Tak lama kemudian, menularlah di media sosial foto yang sama dengan caption "Plastic Surgery - You can't hide it forever," dan lepas tu yang mengeruhkan lagi keadaan adalah bila akhbar tabloid dari China mengaitkan foto ini dengan kisah yang palsu yang sebenarnya kes yang telah berlaku pada tahun 2004, tentang seorang suami dari Heilongjiang yang menyaman isterinya setelah melihat anak mereka tak sama langsung dengan wajah isteri dia sekarang, yang tiada kaitan langsung dengan foto ini. 

Moral of the story dia adalah...

Sumber: Quora