Korang Mungkin Jadi Mangsa Soalan ‘Pelik’ Untuk Interview Akan Datang, Baca Ini Untuk Bersedia
# Pengetahuan Interview

Korang Mungkin Jadi Mangsa Soalan ‘Pelik’ Untuk Interview Akan Datang, Baca Ini Untuk Bersedia

post by sofea

by sofea

Aug 1, 2018
pada 7:35 AM

Korang rasa macam dah betul-betul ready untuk interview, dah hafal semua soalan yang selalu ditanya dan macam mana nak jawab like a pro, tapi tiada siapa dapat menyangka yang majikan akan menguji dengan soalan-soalan yang pelik yang tiada kaitan dengan kerja. 

Benda-benda yang tak disangka ini sebenarnya kerap dilakukan untuk menguji korang dari segi cara korang berfikir,  kebolehan yang sebenar, untuk menilai personaliti dan bermacam lagi. Bila berada di bawah tekanan sesuatu yang tak disangka, perangai sebenar akan terserlah. 

Dalam artikel ni kami senaraikan beberapa soalan pelik yang pernah ditanya dalam interview dan apa maksud tersirat di sebaliknya.

1. "Boleh Menyanyi? Nyanyi Satu Lagu"

Soalan dan arahan yang agak memalukan kita. Sebenarnya majikan bukan nak dengar kemerduan suara korang. Mereka ada dua tujuan, pertama ialah mereka mahu lihat lagu apa yang dipilih, biasa soalannya "nyanyikan satu lagu melambangkan diri anda", jadi lagu itu melambangkan personaliti, dan imej.

Kedua, untuk mengenalpasti tahap keyakinan korang, kalau korang boleh menyanyi (walaupun sumbang) di hadapan orang yang tidak dikenali, mereka anggap korang seseorang yang 'muka tebal' dan bukan pemalu untuk membuat perbentangan di hadapan klien. 

Pilih lagu yang mempunyai mesej berunsurkan semangat ataupun yang jenis ketenangan, janganlah nyanyi lagu Projector Band, Sudah Ku Tahu. Pilihlah lagu seperti Faizal Tahir - Gemuruh atau yang berkaitan.

2. "Macam Mana Awak Jual Pen Ini Kepada Saya?"

Mesti korang agak familiar dengan soalan sebegini kan? Tapi tahu tak apa tujuan dia? Tujuannya adalah majikan mahu lihat adakah korang boleh berfikir dengan pantas dan menyampaikan mesej dalam masa yang singkat. 

Jika soalan sebegini keluar dari mulut majikan, jangan panik. Fikir apa keunikan yang relevan yang menyebabkan pen  itu lain daripada yang lain. Tak kiralah daripada apa sudut sekalipun, beli 5 percuma 8 ke, kalis air ke, apa-apa sahaja lah, semuanya bergantung kepada korang. Kalau ada unsur humor pun lebih bagus!

3. "Kenapa Penutup Lurang Bulat?"

Google & Microsoft pernah tanya soalan ini masa interview, tujuan mereka adalah untuk mengetahui sedalam mana ilmu pengetahuan korang. Berikan jawapan yang logik kenapa penutup lurang itu bulat, soalan ini sangat subjektif, pastinya setiap orang akan memberi jawapan yang berlainan.

Jika jawapan korang itu berjaya menambat majikan, faham-fahamlah mungkin korang akan disenarai pendek. Jadi sebagai langkah persediaan, baik korang study dulu sementara tengah ada waktu terluang ni.

4. "Jika Diberi Beberapa Bentuk, Anda Pilih Yang Mana?"

Korang akan fikir yang majikan melalut, tapi sebenarnya mereka mahu tahu lebih mendalam mengenai personaliti korang, pastikan apa yang korang pilih itu mempunyai sebab yang munasabah, jangan hanya main pilih tanpa sebab! Contohnya, pilih bulat kerana kita hidup kadang-kadang diatas kadang-kadang dibawah, atau versi korang sendiri.

Janganlah tiru, sebab kalau dah ramai sangat nanti kantoi yang korang main tangkap muat, jawapannya ini juga subjektif, jadi semuanya terletak pada diri korang.

5. "Bagaimana Prestasi Saya Sebagai Interviewer Anda?"

Hah? Pelik kan? Ada yang minta markah lah, siap suruh nyatakan sebab! Sebenarnya majikan ingin tahu sikap anda, beri pandangan dengan jujur kalau ada sentimen negatif, jelaskan dengan cara yang baik agar tidak mengguris hatinya.

Banyakkan memberi pandangan positif tapi jangan sampai mengampu! Kalau negatif pula jangan sampai merendah-rendahkan majikan.

Secara jujurnya kami sendiri tak boleh bantu beri jawapan, tapi apa yang pasti, kaji betul-betul bagaimana untuk menjawab soalan psikologi ini. Segarkan minda dan beri jawapan yang membuatkan majikan rasa puas untuk mendapat jawatan yang dimohon itu.