Orang kata, masa tengah bertunang ni lah macam-macam dugaan akan mula datang dari kiri dan kanan. Tak tahulah kenapa, mungkin kerana seri wajah makin terserlah maka ramailah yang datang menggoda? Tak kisahlah kalau tiba-tiba jadi cantik atau hensem macam mana sekali pun wajah korang selepas bertunang, setialah kepada yang satu, susah-payah nak dapatkan dia selama ni ataupun si dia nak dapatkan korang sebelum ni, tak akanlah nak curang macam tu je?









