Nak jadi sebuah negara yang maju, kenalah tiru apa yang negara maju buat, betul tak? Salah satunya adalah dengan mengehadkan akses internet kepada remaja yang berusia bawah daripada 17 tahun apabila tibanya detik 12 malam sampailah 6 pagi.

by sofea
Nak jadi sebuah negara yang maju, kenalah tiru apa yang negara maju buat, betul tak? Salah satunya adalah dengan mengehadkan akses internet kepada remaja yang berusia bawah daripada 17 tahun apabila tibanya detik 12 malam sampailah 6 pagi.
Negara yang dah buat benda yang sama adalah Korea dan Jepun.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, kajian ini sedang dilakukan untuk menyelesaikan masalah ketagihan internet terutamanya media sosial dan permainan video yang makin menjadi-jadi dalam kalangan remaja di Malaysia.
Kata beliau, sebenarnya wujud video game provider (penyedia video game) yang menghalang remaja berusia bawah 17 tahun daripada terus bermain lebih daripada masa yang ditetapkan iaitu dalam sekitar 1 ke 2 jam sebelum mereka akan di'offline'kan secara automatik.
Dr Lee menjelaskan yang ketagihan kepada kedua-dua perkara ini tidak menyebabkan masalah mental tetapi akan memberi kesan negatif terutama sekali dalam hal pendidikan dan kerjaya.
Berdasarkan kajian yang pernah dilaksanakan iaitu Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 mendapati bahawa seramai 34.9 peratus remaja yang berumur dalam lingkungan 13 ke 17 tahun menunjukkan ketagihan kepada internet.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pula mendedahkan bahawa corak penggunaan internet pada tahun 2017 menunjukkan yang terdapat 24.1 juta orang pengguna internet di seluruh Malaysia dan 80% daripadanya didapati menggunakan media sosial dalam tempoh purata sekitar 4 jam sehari! Bayangkanlah apa benda produktif yang boleh dibuat dalam masa 4 jam tu? Kata-kata yang 'Masa itu emas' patut ditampal di dinding semua rumah!
Sumber: Front Desk
#1 Pereka Laman Web >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#2 Eksekutif Jualan - Minyak Masak >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#3 Pembantu Jualan / Pembantu Jualan Senior >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#4 Pemandu Merangkap Pemandu Pelancong Freelance >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#5 Juruteknik Mesin >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#6 Eksekutif Jualan >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#7 Pembantu Dapur >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<
#8 Artis DTP / Pereka Grafik >>>KLIK SINI UNTUK MOHON<<