"Cara Sempoi Simpan Duit RM780 Dalam Setahun." Praktikal Habis Walau Banyak Komitmen!
# Gaya Hidup

"Cara Sempoi Simpan Duit RM780 Dalam Setahun." Praktikal Habis Walau Banyak Komitmen!

post by sofea

by sofea

Aug 24, 2018
pada 2:20 AM

Perkongsian yang dibuat baru-baru ini amat bermanfaat untuk membantu tak kisahlah sama ada yang dah berkeluarga mahupun yang masih bujang untuk menyimpan wang. Kalau selama ni korang rasa nak simpan duit tu satu benda yang berat tambah-tambah lagi kalau ada komitmen, ikut je tips ni. Sangat praktikal!

“Cuba bayangkan, apa korang dapat beli dengan RM780?”

Mesti banyak benda dapat dibeli. Melancong boleh, nak beli jersi Juventus original pun ok malah nak bawak anak isteri check in di resort mewah pun lepas. 

Kalau saya, dana sebegini lebih kepada reward pada family. Bawak pergi makan sedap dan sebagainya.

Masa mula menyimpan kat mana-mana sekalipun, memang nampak sikit dan tak berbaloi. Apabila sampai penghujung, baru ia nampak sangat besar. 

Contoh salah satu tabung yang kita boleh buat ialah Tabung Bajet. Tak payah berpasangan, sendiri pun boleh buat. Cuma sediakan balang kosong je!

Bermula dari Januari dengan RM10 kemudian penambahan RM20 pada Februari dan seterusnya. 

Januari: RM10 
Februari: RM20 
March: RM30 
April: RM40 
May: RM50 
June: RM60
July: RM70 
Ogos: RM80
September: RM90
Oktober: RM100
November: RM110
December: RM120

Korang tahu tak, berapa jumlah total setahun ini bersamaan RM780! Banyak benda dapat dibeli dan dibuat dengan amaun jumlah ni kan. 

Haa sekarang dah bulan Ogos, sepatutnya ada RM360 dalam balang tu!

Cuba korang bayangkan 10 tahun konsisten, dah ada RM7,780! Dapat pergi umrah dah. 

Hafizul Hakim
Menyimpan itu mudah, kita yang buat susah!

Sumber: Hafizul Hakim