Tak kisahlah sama ada menaiki kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam, kebersihan perlulah sentiasa dijaga. Lebih-lebih lagi kalau kita menggunakan kenderaan awam seperti bas, teksi, LRT dan sebagainya. Cuba korang bayangkan, korang naik bas awam yang kotor dan penuh sampah sarap? Jijik, kan? Sebab tulah di setiap kenderaan awam ada diletakkan arahan 'dilarang makan atau minum.'

