Caj Konsultasi Doktor Bakal Meningkat 3 Kali Ganda Pada Tahun 2019!
# Trending Semasa

Caj Konsultasi Doktor Bakal Meningkat 3 Kali Ganda Pada Tahun 2019!

post by sofea

by sofea

Aug 28, 2018
pada 2:05 AM

Rasa 'panas' pula baca tajuk tu kan?

Kalau macam ni lah kisahnya, jagalah kesihatan tu elok-elok lepas ni, nanti kalau sakit licinlah duit korang.

Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, kadar caj perundingan untuk doktor di hospital dan juga klinik swasta berkemungkinan akan dinaikkan antara RM30 hingga RM125 daripada caj asal sekarang yang bermula dari RM10 ke RM35. Perkara ini sedang berada dalam pertimbangan setelah hampir 12 tahun tidak disemak iaitu sejak tahun 2006.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Azman Abu Bakar, berkata “Cadangan bagi semakan ini juga sudah peringkat akhir. Jadi, saya rasa tidak akan ada masalah dan tidak akan ambil masa lama kerana kita bukan bermula dari kosong." 

Uh-oh... Maksudnya benda ni bukan sekadar cadangan atau kemungkinan, sebab semakin jelas yang ia sememangnya akan dilaksanakan!

Tapi untuk sedapkan hati korang, mungkin boleh bandingkan dengan negara-negara lain sebab kalau korang nak tahu, caj konsultasi untuk doktor swasta dalam Malaysia adalah antara yang paling murah di rantau ASEAN. Sebagai contoh, dekat Indonesia cajnya adalah RM100, Singapura RM120 dan Vietnam pula RM80.

Redha jela...

Sumber: BHarian