Ramai Dah Berjaya Buat Duit 'Berkepuk-Kepuk' Dengan 3 Kerja Freelance Ni, Korang Pun Boleh Cuba!
# Pengetahuan Pekerja

Ramai Dah Berjaya Buat Duit 'Berkepuk-Kepuk' Dengan 3 Kerja Freelance Ni, Korang Pun Boleh Cuba!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 28, 2018
pada 8:25 AM

Zaman sekarang ni, bila tengok orang lain buat sampai dua ke tiga kerja dalam satu masa sebenarnya dah jadi perkara biasa. Dengan kos hidup yang semakin meningkat, komitmen yang tinggi, tak cukup kalau buat satu kerja je. Kalau cukup pun, memang ngam-ngam.

Tapi, ada ke kerja sampingan yang boleh berikan pulangan yang lumayan? Tentulah ada! Korang tahu tak, 3 kerja freelance ni boleh beri korang untung yang lumayan sekaligus memberikan korang pendapatan sampingan. 

 

Apakah 3 kerja freelance itu?

 

#1 Menulis Blog

Percaya ataupun tak, dah ramai yang blogger yang berjaya bina nama dan buat duit dengan hanya menulis blog! Kalau korang memiliki bakat dalam menulis, apa kata korang buat freelance dengan menulis blog. Tahu tak, income menulis blog ada yang sampai cecah RM4k tau! 

 

Cara untuk jana income melalui blog

Bila blog anda ramai pengunjung, anda boleh buat duit dari sumber pengiklanan seperti Google Adsense dan Facebook Audience Network, dalam USD pula tu. Selain dari dua sumber ini, jika blog anda popular, pasti ramai ejen pengiklanan tempatan yang mewakili syarikat korporat dan jenama terkemuka nak beriklan di blog anda.

 

#2 Bawa Grab

Admin percaya dah ramai yang memandu Grab dan jadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Tak kurang juga yang jadikannya sebagai kerja full time. Katakanlah dalam sehari korang untung RM100, kalau setiap hari korang bawa Grab, bayangkanlah untung yang korang dapat untuk sebulan. Uish, banyak tu!

 

#3 Register sebagai ejen dropship

Menjadi ejen dropship pun adalah antara kerja yang boleh memberikan pulangan yang tinggi tau. Kalau korang perasan, kebanyakannya student suka menjadi ejen dropship ni sebab boleh tambah duit poket semasa belajar. 

Tambahan pula, sekarang ni zaman media sosial. Korang hanya perlu online sekiranya ingin mempromosikan sesuatu produk. Jadi tiada alasan untuk korang taknak cuba menjadi ejen dropship.

 

Sumber oleh: Majalah Labur