Kalau ditawarkan kerja dalam bidang Oil & Gas, siapa yang taknak, kan? Bukan setakat kerja hebat, malah imbuhan yang ditawarkan pun cukup lumayan. Memang beruntung kalau dapat peluang bekerja dalam bidang ini.


by Haziqah Muhamad
Kalau ditawarkan kerja dalam bidang Oil & Gas, siapa yang taknak, kan? Bukan setakat kerja hebat, malah imbuhan yang ditawarkan pun cukup lumayan. Memang beruntung kalau dapat peluang bekerja dalam bidang ini.
Tapi sejauh mana korang tahu tentang kerja dalam bidang Oil & Gas ini? Apakah hakikat dan realiti yang terpaksa ditempuh oleh mereka yang bekerja dalam bidang ini? Benarkah kerja ini 'indah' seperti yang digambarkan?
Bagi memberi gambaran tentang pekerjaan ini, saudara Asrul Bin Alias ada berkongsi pengalaman beliau di laman Facebooknya tentang realiti pekerjaan ini berdasarkan pengalamannya sendiri. Info yang cukup bermanfaat bagi mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang ini kelak.
Kerja Oil&Gas... Cerita saya...
Sebelumnya, saya amat bersyukur dimurahkan rezeki untuk berkhidmat dalam industri Oil&Gas yang memberi peluang untuk saya bekerja di banyak negara. Bekerja bersama orang dari berbeza negara dan latar belakang. Dan juga banyak membantu dari segi kesenangan wang ringgit. Dapat la saya menyimpan dan membentuk portfolio pelaburan saya untuk masa depan keluarga.
Namum, ramai yang tak tahu pengorbanan dan cabaran yang telah saya lalui selama bekerja dalam industri ini. Yang indah, seronok, happy semuanya agak biasa. Tapi yang perit dan duka biasanya akan menjadikan kita lebih dewasa dan bersyukur atas pemberianNya.
Dalam tahun pertama bekerja, saya dapat panggilan mengejutkan, Ibu dan Ayah Tiri telah dipanggil Ilahi selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. Amat menyedihkan, saya waktu itu berada diluar negara. Dek kerana keadaan arwah yang parah, doktor menasihatkan untuk terus dikebumikan.
Ya Allah, anak ini tak sempat menatap wajah Ibu dan Ayah Tiri untuk kali terakhir. Tiba di rumah, mereka telah pun selamat dikebumikan.
Saya dan isteri menunggu lapan tahun sebelum dikurniakan anak. 8 Tahun. Perasaan gler happy nak sambut kelahiran cahaya mata pertama.
Tapi semuanya Allah dah aturkan. Dalam pukul 10malam isteri call, dah dalam perjalanan ke hospital. Saya bergegas memandu keluar dari Singapore.
Dalam pukul 12 lebih, mak mertua call, isteri dah selamat bersalin dan pesan tak perlu bawa kereta laju-laju.
Jadi, anak pertama kami ibu mertua yang sambut. Saya masih dalam perjalanan di PLUS Highway!!!
Sedih dan kesian kat isteri waktu tu.
Bersyukur sebab diberi peluang untuk bekerja di Brazil selama setahun. Dapat la tengok World Cup 2014 di Stadium Fortaleza, Brazil lawan Colombia. 
Yang peritnya bila kene naik rig. Bukan masalah kerja tapi makanan. Nak dapat makanan halal memang takde lah. Tambah lagi makanan ruji dia nasi, kacang merah bersama khinzir (Feijoada). Menu wajib setiap hari!
Nasib ada isteri bekalkan dengan sambal ikan bilis. Dapat la jadi lauk. (Naik rig cuma 1-2 minggu).
Kempen terbaru di satu lokasi di negara jiran. Rig baru tiba di lokasi setelah towing selama lebih 30 hari dari Singapore.
Untuk proses crew change yang pertama, saya ditugaskan untuk koordinasi crew yang akan naik ke rig. Wakil HR sudah tiba sehari awal. Saya berangkat bersama crew.
Setiba di airport tempatan dalam jam 730pagi, ramai orang tempatan menunggu di luar airport. Ada yang menunggu kami di tempat bagasi bersama-sama security dan juga polis. Mereka provoke dan halang crew-crew untuk naik rig. Mereka minta kami pulang.
Drama bermula dari airport, seterusnya saya dan 15orang crew dibawa ke balai polis untuk berbincang. Saya wakil syarikat turut serta dalam sesi rundingan. Dalam jam 830malam, wakil polis minta kami dilepaskan ke hotel untuk makan dan mandi.
Di hotel, wakil HR sudah siapkan bilik dan orang-orang tempatan masih berlegar diluar hotel. Ada juga sebahagian mereka yang masih mahu provoke kami .Mereka berjaga diluar hotel sampai pagi.
Esokkan hari, pelbagai wakil datang berbincang dan mendengar tuntutan warga tempatan. Sekali lagi saya terpaksa jadi wakil syarikat. Dalam pada sesi rundingan dan soal jawab, Passport wakil HR dan dua orang travel agent dirampas oleh immigration kerana tak ada permit kerja.
Setelah seharian sesi rundingan berlangsung, dengan pelbagai wakil puak, hak asasi manusia, wakil security dari client dan dari authority, akhirnya semua setuju untuk kami kembali pulang. Sementara menunggu segala tuntutan mereka dipenuhi.
Sebelum kami berangkat pulang keesokkan harinya, ada lagi satu sesi saya dengan polis dan immigration untuk mendapatkan kembali tiga passport yang dirampas. Rasanya semua tahu kesudahannya. Dapat semula passport dengan imbuhan.
Itulah serba sedikit cerita dan pengalaman saya. Luaran nampak semua indah tapi perlu faham kenapa sesetengah kerja diberi imbuhan yang tinggi. Berbaloi atau tidak?? Terpulanglah kepada individu.
Kredit oleh: Saudara Asrul Bin Alias