Kawan baik saya telah kehilangan bapanya beberapa tahun yang lalu. Kehilangan itu telah memberi kesan kepada emosinya dan mengubahnya menjadi seorang yang pendiam dan kemurungan.


by Haziqah Muhamad
Kawan baik saya telah kehilangan bapanya beberapa tahun yang lalu. Kehilangan itu telah memberi kesan kepada emosinya dan mengubahnya menjadi seorang yang pendiam dan kemurungan.
Bagi menunjukkan rasa simpati saya ke atas apa yang menimpanya, saya cuba selami perasaannya dengan menceritakan tentang bapa saya pula:
''Bapa saya telah meninggal dunia sejak saya berumur 9 bulan akibat lemas. Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan bapa saya, saya nak awak sedar yang saya turut menghadapi situasi yang sama dengan awak dan faham apa yang awak rasa.''
Tapi, selesai saja cerita, “Okay, kau menang. Kau tak pernah ada bapa dan sekurang-kurangnya aku berpeluang luangkan masa 30 tahun dengan bapa aku kan. Kau punya situasilah yang paling teruk sekali. Aku rasa aku tak patut bersedih pun bila bapa aku meninggal, kan?’’
Saya terkejut dan saya cuba bagitahu dia yang dia dah salah faham sebenarnya. Tapi ini jawapannya:
Niat asal sekadar nak tunjukkan yang saya juga mengalami nasib yang sama dengannya. Tetapi alih-alih, saya cuma menambah lagi duka di hatinya. Salah ke tindakan saya tu?
Pakar sosiologi, Charles Derber ada penjelasan terperinci mengenai isu ini. Ada dua jenis respons dalam perbualan:
Mary: Banyak kerjalah sekarang ni.
Tim: Saya pun! Banyak betul kerja!
Mary: Banyak kerjalah sekarang ni.
Tim: Yeke? Kerja apa lagi yang awak kena siapkan?
Mary: Saya rasa saya nak kena beli kasut barulah.
Tim: Saya pun! Tengok ni, bahagian ni dah terkoyak dah.
Mary: Saya rasa saya nak kena beli kasut barulah.
Tim: Oh, yeke? Awak rasa nak beli kasut yang macamana?
Nampak tak perbezaannya? Shift respons adalah situasi di mana kawan kita datang untuk minta pendapat atau sekadar ingin meluahkan perasaan, tapi last-last tumpuan beralih kepada kita pulak.
Support respons pulak adalah situasi di mana kita galakkan kawan kita tu untuk teruskan bercerita. Kita nak mereka tahu yang kita sebenarnya sedang mendengar cerita mereka dan berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kesimpulannya di sini, kita takkan boleh memahami apa yang dirasakan oleh pihak satu lagi sekiranya kita turut menceritakan cerita apa yang kita rasa kepada mereka. Kalau ada kawan korang yang datang dan nak mengadu masalah, kita cubalah diam dan dengar apa yang nak diceritakan tu. Jangan kita nak kaitkan cerita kita dengan dia sebab tujuan dia bercerita tu sekadar untuk mencari seseorang untuk mendengar masalah mereka. Jadilah pendengar yang setia kerana itu lebih baik.