''You’re Overqualified For This Position!" 4 Ayat Tersirat Interviewer Yang Job Seeker Wajib Tahu!
# Pengetahuan Interview

''You’re Overqualified For This Position!" 4 Ayat Tersirat Interviewer Yang Job Seeker Wajib Tahu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 7, 2018
pada 2:29 PM

Saat korang dapat panggilan temuduga, e-mel, ataupun panggilan telefon daripada beribu permohonan yang korang dah lama tunggu, kami pasti akan ada statement atau ayat yang dah biasa korang dengar dan terus rasa 'turn off' kerana sudah dapat mengagak keputusan yang seterusnya.

Ada yang dah meluat nak hadap ayat-ayat daripada penemuduga disebabkan semuanya sama. Sebenarnya ada maksud tersirat yang perlu korang ketahui sebelum buat andaian melebih-lebih. 

1. "You’re overqualified for this position…"

Mesej yang calon faham : Kami lebih rela cari calon yang boleh lakukan kerja yang sama tapi dengan bayaran yang lebih murah dan berbaloi'

Penemuduga sebenarnya maksudkan ni : ‘Kami nak pastikan kerja ini cukup untuk korang pikul’

Penemuduga ni bukannya nak jatuhkan semangat korang cuma mereka mahu pastikan yang korang betul-betul faham tentang workload yang bakal korang hadapi. Mungkin pekerjaan sebelum ni korang pikul tugasan yang mencabar kemahiran korang tapi bila bertukar kerjaya semuanya dah macam kacang sangat untuk korang. 

 

2. "You’re underqualified for this position…"

Mesej yang calon biasa faham : ‘Kami expect awak dah ada pengalaman bila mohon kerja ni’

Penemuduga sebenarnya maksudkan ini : ‘Buktikan tanggapan kami ni salah’

Terutamanya fresh grad, inilah ayat yang paling sensitif sekali yang korang tak mahu dengar. Ya lah gila ke baru grad nak pengalaman bagai. Jangan cepat mengalah anak-anak muda, inilah peluang untuk korang tonjolkan keyakinan dan kebolehan korang pada mereka.

 

3. "We’ll keep your CV on record for future roles…"

Korang sebagai job seeker : ‘Kami tak berminat sangat untuk review CV awak"

Sebenarnya penemuduga nak beritahu : Kami akan notify awak jika ada kekosongan yang sesuai tapi kami tak boleh guarantee'

Pearasaan hampa, tertipu atau pun sekadar nak menjaga perasaan korang je semuanya bercampur. Tapi korang perlu positif kan diri kerana sekurang-kurangnya dapat juga feedback daripada pihak syarikat daripada buat korang tertunggu-tunggu. 

 

4. "We have no idea if this opportunity is right for you. But it’s worth a shot.."

Sebagai job seeker mesti faham begini : 'Kami tak pasti jika jawatan ini sesuai untuk awak'

Penemuduga maksudkan ini je : ‘Kami teruja nak tahu lebih lagi tentang awak’

Selalunya korang akan jumpa ayat sebegini dalam e-mel ataupun melalui perbualan telefon. Jangan terasa seperti korang ni last option untuk mereka hire, sebenarnya interviewer ni nak tahu lebih lagi tentang korang.