
by sofea
Secara realitinya, walaupun korang memiliki skor kredit yang tidak begitu baik, tidak bermakna korang tak layak mendapat pinjaman. Masih ada jalannya! Korang boleh membuat pinjaman peribadi bercagar yang mana korang mestilah bersedia untuk memberikan apa-apa aset milik sendiri untuk diambil oleh bank andai kata korang gagal untuk membayar balik pinjaman yang dah dibuat.
Pernah dengar tentang kes-kes di mana lepas pinjaman dibuat atas nama orang lain, hubungan mula berantakan atau berakhir dengan tragedi? Kalau dalam kes yang terlalu mendesak pun, cuba korang kaji betul-betul kenapa sahabat atau pun ahli keluarga korang ni tak boleh mendapatkan pinjaman sendiri?
Kalau puncanya adalah skor kredit yang tak bagus, ini adalah lampu merah yang menjadi tanda korang jangan sesekali terlibat! Korang nak hidup dibebani hutang orang lain? Yang menjadikan keadaan lagi parah adalah bila bank pun dah pandang korang dengan 'sinis' yang sekaligus akan merosakkan peluang pinjaman sendiri di masa hadapan.
Secara umumnya, pihak yang memberikan pinjaman akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang bergaji tetap sebab kemungkinan untuk membayar balik tu jauh lebih tinggi.
Tapi! Bagi yang tidak memiliki pendapatan yang tetap atau bekerja berlandaskan komisen, banyak sebenarnya bank tertentu yang menawarkan pinjaman. Ada juga bank yang menawarkan pinjaman untuk golongan ekspatriat, yang penting, semua dokumen tambahan yang diperlukan lengkap.
Dalam zaman IT ni, macam-macam perkara boleh diselesaikan secara online, permohonan pinjaman peribadi adalah salah satu darinya. Korang hanya perlu upload atau muat naik salinan-salinan yang diperlukan serta mengisi borang permohonan secara atas talian! Yang bestnya, ada juga beberapa pinjaman yang menawarkan tempoh kelulusan yang pendek iaitu dari 10 ke 15 minit je!
Memang pinjaman akan menambahkan hutang, tapi, dengan adanya pinjaman peribadi, korang dapat menggunakannya untuk mendapatkan apa sahaja keperluan yang penting. Tak kisahlah dari hal-hal aset macam rumah hinggalah kepada pelajaran.
Korang boleh menggunakan wang yang ada sekarang untuk menyelesaikan beberapa hutang yang ada secara ansuran dengan kadar faedah tertentu. Dalam hal ni, korang kenalah bijak menguruskan hutang, ikut masa yang ditetapkan dan semuanya akan menjadi mudah.
Sumber: Majalah Labur
#1 Eksekutif Jualan & Pemasaran (Gaji Mencecah RM6K Sebulan) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<
#2 Juruvideo (Gaji Mencecah RM1.8K Sebulan) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<
#3 Penyunting Gambar (Gaji Mencecah RM1.8K Sebulan) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<
#4 Juruwang (KSL City N Plaza Pelangi, Holiday Plaza) (Gaji Mencecah RM1K Sebulan) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<
#5 Eksekutif Tele-Jualan (Gaji Mencecah RM3.5K Sebulan) >>>KLIK SINI UNTUK MEMOHON<<<