Kurang Tidur Malam & 3 Lagi Tabiat Ni 'Confirm' Korang Selalu Buat, Patutlah Berat Susah Turun!
# Gaya Hidup

Kurang Tidur Malam & 3 Lagi Tabiat Ni 'Confirm' Korang Selalu Buat, Patutlah Berat Susah Turun!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 19, 2018
pada 8:41 AM

Berdiet, sudah. Makan makan sihat, sudah. Kurangkan pengambilan gula, sudah. Bersenam pun sudah. Tapi kenapa berat badan ni punyalah susah nak turun? Dah macam-macam cara dah korang buat, dah macam-macam tips yang korang dah ikut, tapi saiz badan tetap macam tu jugak. Eh stressnya! Apa yang tak kena sebenarnya? 

Selain daripada diet tanpa perlu berlapar, sebenarnya kalau nak turunkan berat badan, seseorang tu mestilah menjaga tabiat harian yang mereka selalu lakukan. Ramai sebenarnya tak perasan yang ada sesetengah perkara perlu dikawal supaya tak menjadikan diet atau senaman korang tu sia-sia. Apa kata korang tengok info di bawah ni dan korang tengok yang mana satu korang paling kerap buat? Ataupun kesemua sekali?

 

1. Lewat sarapan

Yang ni fahamlah sebab kadang-kadang memang tak sempat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkejar-kejar ke tempat kerja setiap pagi. Melewatkan sarapan sebenarnya menganggu metabolisma sekali gus ia menganggu badan anda untuk membakar lemak.

 

 

2. Terbiasa Minum Minuman Manis Atau Berkafein Setiap Pagi

Selalu pagi-pagi kebanyakan daripada kita suka mulakan pagi dengan air yang manis-manis kan? Tapi bagi korang yang kurangkan berat badan tu, pengambilan air manis sepatutnya dikurangkan ataupun buang terus daripada hidup korang. Minuman manis dan berkafein sebenarnya susah dicerna oleh tubuh kita.

 

 

3. Kurang Berjemur

Berjemur pada waktu pagi membantu penurunkan berat badan. Berdasarkan penetilian, sinar matahari membantu mempercepatkan metabolisma tubuh badan selain memberi vitamin D untuk tubuh kita.

 

 

4. Kurang Tidur Malam

Menyambung tidur di pagi hari kerana tidur lewat pada malamnya boleh memberi kesan sampingan yang menyebabkan anda gemuk. Haa, mesti ramai yang buat macam ni kan? Nak-nak pulak sekarang ni zaman media sosial. Memang lagi bertambah susahlah nak tidur! Sebuah penetilian yang diterbitkan dalam jurnal Plos ONE mengatakan seseorang yang tidur lebih dari 10 jam memilki indeks Massa tubuh lebih tinggi daripada mereka yang tidur 7 - 9 jam.

 

 

Sumber oleh: Sinar