Kalau korang ternampak seorang wanita dulu, ini bermaksud yang korang banyak menggunakan otak kiri yang lebih banyak berfikir secara analitikal dan logikal. Korang selalu berfikir dua tiga kali tentang sesuatu perkara dan akan menganalisa sesuatu situasi tu dengan penuh teliti sebelum membuat sebarang keputusan. Walau bagaimanapun, korang adalah seorang yang agak optimis, ramai orang akan datang kepada korang untuk mendapatkan nasihat atau pandangan. Satu benda yang korang kena kawal dalam diri adalah keinginan yang tinggi untuk menjadi sempurna.