Cara Nak Tengok Movie Dengan Subtitle Dalam iPhone! Lebih 20K Retweet!
# Gaya Hidup

Cara Nak Tengok Movie Dengan Subtitle Dalam iPhone! Lebih 20K Retweet!

post by sofea

by sofea

Sep 20, 2018
pada 8:02 AM

Lecehnya, nak tengok movie je kena buka laptop! Kalau dapat tengok dalam phone pun, tak semestinya ada subtitle! Ni dia cara untuk korang download aplikasi yang membolehkan korang menonton movie pada bila-bila masa, lengkap dengan subtitle, dalam phone! Isi dalam artikel ni adalah hasil perkongsian di Twitter oleh saudara Syed Aiman. 

Buat masa ni admin sharekan untuk iPhone, untuk artikel akan datang admin akan sharekan macam mana nak buat untuk Android pula ok?

Ini contoh interface aplikasi tu bila korang dah selesai download.

Macam mana nak download aplikasi untuk tonton movie ni?

Korang kena download menggunakan browser Safari dalam phone tu.

Taip nama aplikasi ni iaitu: emus4u 

Klik pada address: www.iinstaller.net

Korang boleh start install macam biasa. 

Dah selesai install, tekan done

Dah boleh nampak kehadiran aplikasi tu dekat senarai aplikasi phone. 

Belum settle lagi! Korang kena pergi dekat setting -> general

Lepas tu, tekan profile dalam general tu

Tekan Emus4u yang korang baru download tu, check sama ada dia dah verified atau tak. 

Selepas mendapatkan kepastian ianya dah diverify...

Dah boleh buka aplikasi Emus4u: 

Cari 'BobbyMovie' dalam senarai bawah logo Emus4u tu.

 

 

Tekan install BobbyMovie

Dah nampak aplikasi terpapar lepas install, tapi nanti dulu!

Akan terkeluar dialogue box ni yang mengatakan aplikasi ni tak dipercayai!

Untuk selesaikan isu ni, korang pergi dekat GENERAL -> Profile & Device Management

Dalam 'Profile & Device Management' tu korang tekan 'Shenzhen Yunxun...'

Lepas tu klik Trust "Shenzen Yunxun..."

Dan.... Dah boleh tengok movie! Yeah!

Cara nak letak subtitle:

Korang pilihlah mana-mana movie dalam BobbyMovie yang dah diinstall tadi dan klik Watch Now:

Tekan huruf 'CC' kat tepi sebaik video start:

Lepas tekan 'CC' korang tekan 'Online':

Lepas tu terkeluarlah senarai bahasa yang korang nak guna sebagai subtitle, pilihlah nak bahasa Jepun ke, Jerman ke:

Masa untuk tengok movie! Eh! Tak pasti nak tengok movie apa? Korang boleh tengok artikel ni: 

Movie Apa Nak Tengok Weekend Ni? Ni Dia 6 Movie Yang Luar Biasa Best Untuk Tengok!

Sumber: Syed Aiman